syaz ft 2025 07 21T160200.140

Ahli Parlimen, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mendedahkan kawasan Parlimen Muar akhirnya menerima peruntukan RM200,000 selepas lebih 500 hari berunding.

Beliau bagaimanapun berkongsi  peruntukan itu disertakan dengan syarat yang ketat dan hanya terhad kepada tujuan pentadbiran seperti bayaran sewa pejabat, gaji staf, peralatan serta pengurusan pejabat sahaja.

Artikel berkaitan: “Memang ada niat” – Syed Saddiq Tak Nafi Ada Perancangan Nak Kahwin

Artikel berkaitan: Jabatan Peguam Negara Fail Notis Rayuan Terhadap Keputusan Pelepasan & Pembebasan Syed Saddiq

“Peruntukan itu tidak boleh digunakan untuk sebarang bantuan kebajikan, baik pulih infrastruktur mahupun sebarang bentuk sumbangan kepada rakyat. Ia akan diaudit sepenuhnya dan saya setuju 100 peratus,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, ahli parlimen itu turut membandingkan jumlah peruntukan yang diterima Ahli Parlimen kerajaan yang disalurkan sehingga RM20 juta bagi satu penggal, berbanding Muar yang setakat ini hanya memperoleh RM200,000.

Syed Saddiq yang kini kembali menghadiri Sidang Dewan Rakyat sebagai wakil rakyat Muar, turut menegaskan bahawa kehadirannya ke Dewan Rakyat dan jawatankuasa Parlimen adalah 100 peratus.

Dalam hantaran yang sama, beliau berkata bahawa dirinya akan terus bekerja keras dan mencari inisiatif baharu untuk mengumpul dana demi membantu rakyat Muar.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.