Prebet Dipukul Koperal

Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi yang sebelum ini telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan setelah menjadi mangsa pukul kerana dipukul oleh suspek yang berpangkat koperal dilaporkan telah meninggal dunia di hospital.

Menurut Free Malaysia Today, mangsa yang berusia awal 20-an telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.45 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Temerloh

Difahamkan, mangsa telah dua minggu dimasukkan ke hospital kerana cedera parah akibat dipukul.

Mangsa Pukul

Artikel berkaitan : Anggota Tentera Kritikal : Mangsa Dip*kul Bersama 6 Anggota Lain Sebab Tak Puas Hati

Artikel Berkaitan: Isu Kebajikan Dan Disiplin: TDM Bertegas Tangani Kes Kekerasan Di Kem Bentong

Menurut bapa mangsa,  jenazah Prebet Muhammad Amirul akan dibawa ke Gemas, Negeri Sembilan untuk dikebumikan di sana.

Terdahulu, Prebet Muhammad Amirul dipercayai telah menjadi mangsa kekerasan apabila dipukul oleh suspek yang berpangkat koperal itu kerana tidak puas hari mengenai kerja pembersihan stor senjata pada akhir Mac lalu.

Difahamkan juga, suspek yang berusia 37 tahun kemudiannya telah diberkas oleh polis untuk siasatan lanjut.

Suspek juga telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, Pahang atas pertuduhan mencederakan mangsa dan beberapa lagi anggota lain namun suspek telah mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan kes ini masih lagi berlangsung.

Sumber: Free Malaysia Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.