ogy ahmad daud herdik guru vokal

Pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud, atau lebih mesra dikenali sebagai Ogy berasa hairan apabila namanya dipetik dalam isu membabitkan dakwaan guru vokal, Adzrin Adzhar yang mendedahkan pernah diherdik seorang artis veteran.

Mengakui tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut, Ogy, 63, berkata, tidak wajar untuknya mengulas tentang kontroversi terbabit kerana Adzrin tidak langsung menyebut namanya.

“Siapa saya nak singkirkan orang. Adakah individu itu ada menyebut nama saya? Kalau tiada, saya tidak patut jawab isu ini.

“Tetapi kalau dia ‘petik’ nama saya, peguam saya akan jawab soalan itu. Selagi tak sebut, maknanya dia berada di zon selamat. Semudah itu,” katanya.

Artikel berkaitan: Amy Search Buat Laporan Polis Terhadap Shila Amzah

Artikel berkaitan: “Jumpa patung muka saya, dibalut kain kafan” – Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Jadi Mangsa Sihir

ogy5.transformed

Tambah Ogy, baginya masih ramai lagi artis lama jika guru vokal terbabit menyebut artis veteran yang sudah lima dekad dalam industri.

Jelasnya, dia tidak pernah terbabit dalam mana-mana program bersama Adzrin namun pernah bersemuka dengannya di satu acara.

“Saya pernah bertemu dia di sidang media konsert Ezad Lazim itu sahaja.

“Kami tak pernah bekerjasama. Tak tahu kenapa netizen petik nama saya dalam isu ini atau mungkin netizen nampak saya paling popular,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Adzrin mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman pahit yang disifatkan menghina dirinya daripada seorang aktres senior.

Katanya, aktres itu bukan sahaja mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, malah menggesa pihak produksi untuk menggugurkan namanya daripada sebuah program seni yang sedang dirancang.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.