Seorang wanita dikenali sebagai @nabil_ahhhhh mencuri perhatian warganet selepas memuat naik beberapa foto bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol, di aplikasi Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan memuat naik beberapa keping gambar hitam putih yang memaparkan momen mesra bersama Jefri Nichol, lengkap dengan kapsyen ringkas, “Sayang @jefrinichol”.
Artikel berkaitan: ‘Unfollow’ Sama Sendiri Di IG, Jefri Nichol & Ameera Khan Putus Lagi?
Artikel berkaitan: “Saya okay, netizen yang tak okay” – Amera Khan &’Open Minded’ Tengok Babak Panas Lakonan Jefri Nichol
Perkongsian itu pantas menjadi tular apabila ramai warganet mula berspekulasi mengenai hubungan sebenar antara wanita terbabit dan pelakon terkenal Indonesia itu.
Lebih mencuri perhatian, beberapa foto menunjukkan Jefri Nichol merangkul bahu wanita tersebut, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Di ruangan replies, ada yang terkejut, ada juga yang mengusik kapsyen berkenaan, selain segelintir mempersoalkan sama ada hubungan itu sekadar gurauan atau mempunyai maksud tersirat.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jefri Nichol mahupun wanita terbabit berhubung status sebenar hubungan mereka, sekali gus membuatkan ramai terus tertanya-tanya.
Sebelum ini, pelakon Indonesia itu dengan terbuka mengumumkan bahawa dia sedang bercinta dengan pempengaruh Malaysia, Ameera Khan yang juga dikenali sebagai Little Miss Khan.
Sumber: Threads

2 days ago
28































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















