“Saya tak mampu nak lafaz pun…” – Kamal Adli Berharap Dapat Rujuk Semula Dengan Uqasha Senrose

2 weeks ago 47

Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian pasangan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini pada jam 12.56 tengah hari tadi.

Walau bagaimanapun, di sebalik noktah yang diletakkan, kedua-dua pihak dilihat mempunyai perspektif yang berbeza mengenai masa depan hubungan mereka.

Artikel berkaitan: “Kalau tak ada jodoh, Wallahualam, saya dah cuba usaha dari awal lagi” – Kamal Adli Pasrah

Artikel berkaitan: Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak

Pelakon Kamal Adli, 40, mendedahkan bahawa keputusan melepaskan isterinya adalah perkara paling sukar yang pernah dilakukannya. Menurut Kamal, dia sebenarnya tidak cukup kuat untuk melafazkan cerai tersebut namun terpaksa melakukannya demi memberi ruang kepada keadaan.

“Sumpah, demi Allah saya tak nak lepaskan pun. Hari ini paling tak ‘best’ dalam hidup saya. Saya tak mampu nak lafaz pun sebenarnya,” katanya kepada mStar.

Meskipun sudah sah bercerai, Kamal mengakui masih menaruh harapan yang tinggi untuk kembali rujuk dengan Uqasha pada masa hadapan. Baginya, perpisahan ini adalah satu fasa untuk mereka mencari peluang kembali bersama.

506454187 578287422000455 3995288757299701167 n

Peguam yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh, turut menjelaskan bahawa prosedur perceraian ini mengikut undang-undang syariah dan secara teknikalnya masih membuka ruang untuk pasangan itu merujuk kembali dalam tempoh edah.

Berbeza pula dengan pendirian Uqasha Senrose, 34, pelakon filem Bisikan Dosa itu menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah untuk memulakan kehidupan baharu bersama anak tercinta tanpa menoleh ke belakang.

“Buat masa ini, memang tiada istilah mahu rujuk. Apa boleh saya cakap sekarang, saya nak melangkah ke depan dan terus ‘move on’,” tegasnya kepada Kosmo!

Uqasha, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menjelaskan bahawa dia sendiri yang memfailkan permohonan cerai tersebut dan sudah menjangkakan pengakhiran ini. Walaupun emosinya bercampur-baur, dia menerima status baharunya dengan hati terbuka dan mendoakan agar Kamal menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

Menyentuh soal tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Uqasha menyatakan keyakinannya untuk membesarkan anaknya sendirian. Jelasnya, sepanjang setahun yang lalu, dia sudah membiasakan diri bekerja sambil menjaga anak serentak tanpa bergantung kepada orang lain.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga mama, papa, adik-beradik yang sentiasa ada sejak hari pertama kemelut ini. Doakan saya dapat teruskan hidup dengan aman, reda, dan tenang,” katanya lagi.

Pasangan yang sering menjadi perhatian peminat ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, namun badai yang melanda akhirnya membawa mereka ke mahkamah pada awal tahun 2026 ini.

Sumber: mStar, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |