“Saya tak cakap dengan dia, saya tak tahu” – Alya Iman Buka Mulut Pasal Tuduhan Punca Artis Bercerai

5 hours ago 7

Berikutan dengan namanya yang terpalit yang didakwa menjadi punca pasangan selebriti bercerai, pelakon Alya Iman akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai hubungannya dengan Yusuf Bahrin.

Kata Alya menerusi mStar Online, pemilik nama sebenar Nur Alya Iman Azmil menyatakan bahawa hubungannya bersama Yusuf hanya sekadar rakan sekerja, Alya turut menegaskan yang dirinya tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan persahabatan di luar set penggambaran.

Artikel berkaitan: Yusuf Bahrin Sah Bercerai Dengan Zizi Kirana Dengan Talak Satu

Artikel berkaitan: Dituduh Jadi Punca Pasangan Artis Bercerai, Pihak Pengurusan Alya Iman Tampil Beri Respon

“Hubungan saya dengan dia, saya tak berkawan pun dengan dia, Sejujurnya bila saya di set, sesiapa sahaja pasangan saya, saya tak berkawan dekat luar set. Susah untuk saya berkawan dekat luar set.”

Tambahnya lagi, apa yang berada di set tidak akan dibawa ke luar, bahkan Alya menegaskan bahawa dirinya bukanlah pelakon yang bina keserasian.

“Saya bukan jenis yang macam nak bina keserasian, nak lepaklah, nak ada nombor telefon, tak! Jadi antara saya dan individu itu, memang tak ada apa-apa. Saya tak bercakap dengan dia, saya tak tahu.”

 Screenshot 2026 04 14 163645

Di samping itu, Alya turut mengakui bahawa segala kecaman dan dakwaan yang ditulis oleh netizen itu pastinya memberikan kesan terhadap emosi dan mentalnya.

“Kita sebagai pelakon pun ada perasaan. Kita ada kesihatan mental kita sendiri. Macam saya cakaplah saya sampai tahap resah (anxiety).”

“Rasa tak nak pergi mana-mana acara, saya tak nak tunjuk muka saya pun di media sosial sebab benda-benda yang dah pernah tular dulu, benda yang mengarut.”

Sebagai anak seni, Alya sangat menghormati status rakan pelakon lain, lebih-lebih lagi jika mereka sudah bergelar suami orang.

Bahkan, dia juga mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka bagi mengelakkan sebarang salah faham atau finah timbul kelak.

Screenshot 2026 04 14 163608

“Sebelum kes itu, saya hormat dengan sesiapa pun saya bekerja. Kalau mereka ada pasangan atau sudah berkahwin, memang saya tetapkan sempadan antara kami.”

“Kalau saya nak cakap sesuatu kepada mereka pun saya akan hubungi pihak pengurusan ataupun saya akan hubungi pembantu peribadi mereka. Itulah cara saya.”

Sebelum ini, nama Alya dipetik oleh netizen di media sosial apabila dia didakwa menjadi pihak ketiga dalam rumah tangga Yusuf Bahrin dan penyanyi, Zizi Kirana.

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |