Nadia kesuma

Suami kepada pelakon Allahyarham Nadia Kesuma, Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, memuat naik satu hantaran menyentuh hati di laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Muhammad Kamarul, beliau kini sedang dalam perjalanan dan berasa teruja untuk ‘bertemu’ dengan Allahyarham isterinya di Jeddah.

Katanya, susulan pemergian Nadia, beliau menerima ratusan mesej daripada rakan-rakan serta individu yang tidak dikenali yang berkongsi mengenai kebaikan dan kenangan bersama arwah.

Kali ini, saya tidak membawa apa-apa untuk awak (Nadia). Tiada char kuey teow atau kimchi wantan dari medan selera Gelugor.

“Namun saya datang dengan cinta yang penuh di dada. Saya terlalu merindukan awak sehingga tidak mampu melelapkan mata,” katanya.

Nadia KesumaSuami kepada pelakon Allahyarham Nadia Kesuma, Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah

Artikel berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Tidak Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia, Akan Dikebumikan Di Jeddah

Artikel berkaitan: Rekod Imigresen Sahkan Nadia Kesuma Sudah Keluar Dari Lapangan Terbang Jeddah

Beliau turut memaklumkan kini sudah separuh perjalanan dan dijangka akan bertemu malam ini.

Difahamkan, Muhammad Kamarul bersama ahli keluarga berlepas ke Jeddah kira-kira jam 5 petang.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi pelbagai kenangan lama bersama Allahyarham yang mengundang sebak dalam kalangan pembaca.

Hantaran tersebut setakat ini menerima 503 tanda suka dan 68 komen.

Nadia KesumaNadia Kesuma

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan yang terbaik buat Muhammad Kamarul dan Allahyarham Nadia.

“Moga Allah mengurniakan ketabahan kepada sahabat dan keluarga dalam menempuh ujian getir ini,” kata Rosle Yasin.

“Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan buat seluruh ahli keluarga serta dipermudahkan segala urusan.

“Membaca coretan Prof membuatkan saya menangis dan saya percaya ramai peminat turut merasai hal yang sama,” ujar Ramlahdollah.

Sumber: FB Muhammad Kamarul Kabilan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.