Ft Kkr Alexander Nanta Linggi

Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya di persada antarabangsa dengan penyertaan sulung dalam Intertraffic Amsterdam 2026. Kehadiran ini sangat signifikan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang menerima jemputan rasmi untuk menyertai forum global paling berpengaruh dalam teknologi trafik dan infrastruktur jalan raya ini.

Delegasi Malaysia ke program yang berlangsung di RAI Amsterdam bermula 9 hingga 12 Mac ini diketuai oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau bukan sahaja mengetuai misi ini, malah diberi penghormatan sebagai ahli panel dalam sesi sidang kemuncak program tersebut. Turut serta dalam delegasi ini ialah Dato’ Sri Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Encik Ir Mohd Hadzmir Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Screenshot 2026 03 10 120341

Menurut Dato Sri Alexander Nanta Linggi, penglibatan ini adalah pengiktirafan terhadap usaha negara dalam membangunkan sistem mobiliti pintar yang cekap dan berdaya tahan. Langkah ini selari dengan Blueprint ITS 2025-2030 Malaysia dan juga Kerangka Malaysia MADANI yang mengutamakan inovasi, kemampanan, dan kesejahteraan rakyat.

Peluang Kerjasama Global dan Serantau

Platform dwitahunan yang disertai lebih 100 negara ini membuka ruang kepada Malaysia untuk meneroka teknologi terkini dalam Intelligent Transport Systems (ITS) dan keselamatan jalan raya. Malah, beberapa organisasi antarabangsa telah menyatakan minat untuk mengadakan pertemuan dua hala bagi meneroka kerjasama teknologi dan perkongsian kepakaran bersama Malaysia.

35026779 1570382023083776 6127305850345226240 N

Di peringkat domestik, ilmu yang diperoleh akan diterjemahkan melalui inisiatif seperti Ekspo Teknologi Jalan dan Trafik MY-ASEAN (MyARTTE) serta Konvensyen Penyelenggaraan Jalan Malaysia (MRMC).

Dengan pendekatan ini, Malaysia berpotensi menjadi rujukan utama pembangunan sistem mobiliti pintar di rantau ASEAN.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen jitu Kementerian Kerja Raya dalam memastikan sistem pengangkutan negara sentiasa moden dan berteraskan teknologi demi manfaat seluruh rakyat Malaysia.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.