Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menepis dakwaan kononnya ada warga asing yang hadir ke pejabatnya untuk mendaftar kad pengenalan atau MyKad.
JPN menerusi satu hantaran di media sosial menjelaskan, hadir ke premis JPN tidak semestinya bermaksud seseorang itu sedang memohon atau bakal menerima MyKad.
Katanya, terdapat pelbagai urusan pendaftaran dan dokumentasi yang dilakukan di premis berkenaan, termasuk melibatkan individu bukan warganegara.
Menurut JPN, antara urusan yang sememangnya membabitkan warga asing termasuk pendaftaran kelahiran serta perkahwinan sivil dengan pasangan bukan warganegara.

Artikel berkaitan: JPN Nafi Kenakan Tindakan Jika Tidak Kemas Kini Alamat MyKad
Artikel berkaitan: “Kos sara hidup rendah” – Ini 5 Sebab Malaysia Ibarat ‘Syurga’ Buat Warga Asing
Sijil lahir merah jambu untuk bukan warganegara
Dalam hantaran sama, JPN turut menjelaskan mengenai sijil kelahiran berwarna merah jambu yang sering menjadi perhatian ramai.
Menurut JPN, sijil berkenaan hanya membuktikan bahawa kelahiran seseorang telah didaftarkan di Malaysia dan bukan bukti individu terbabit merupakan warganegara Malaysia.
Malah, sijil kelahiran berkenaan turut dikeluarkan kepada individu berstatus bukan warganegara, termasuk mereka yang tidak memenuhi syarat untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia.
“Ini kerana setiap kelahiran di Malaysia perlu didaftarkan tanpa mengira sama ada ibu atau bapa kanak-kanak terbabit warganegara atau bukan warganegara.
“Pendaftaran ini penting bagi memastikan setiap kelahiran direkodkan secara rasmi dan tidak bermaksud kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu berkenaan,” jelas JPN.
Justeru, pihaknya menasihatkan tidak membuat sebarang kesimpulan berdasarkan sekeping gambar atau kehadiran seseorang di JPN, sebaliknya semak dahulu fakta sebenar dan jenis urusan yang sedang dijalankan.
Sumber: Threads

7 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















