Pemandu Lori Tertidur Rupanya Meninggal Dunia

Situasi seorang pemandu lori tangki yang disangka sedang tidur ketika berhenti di lampu isyarat bertukar pilu apabila lelaki berusia 62 tahun itu sebenarnya sudah meninggal dunia.

Mangsa, Abdul Haris, yang berasal dari Melaka, ditemui tidak sedarkan diri ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat berhadapan Kilang Lam Research, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.46 petang selepas orang awam menyedari pemandu lori berkenaan tidak bergerak.

Menurutnya, lori terbabit dipercayai sudah berada di lokasi kira-kira setengah jam sebelum seorang pengguna jalan raya menghampiri dan cuba mengejutkan mangsa tetapi tidak bangun.

Pegawai perubatan dari Hospital Kulim yang tiba di lokasi dengan ambulans kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Lori Imigresen Didakwa Rempuh Pejalan Kaki & Kereta, 3 Beranak M*ut

Artikel berkaitan: Ajal Di Lampu Isyarat, Wanita Maut Kereta Dihempap Kontena Terbalik

777916117 1040267431955257 2505932004090628947 N

“Anak lelaki si mati turut dimaklumkan mengenai kejadian dan memaklumkan bapanya mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu darah tinggi dan kolesterol.

“Pemeriksaan fizikal luaran mayat oleh anggota Balai Polis Kulim Hi-Tech mendapati tiada unsur-unsur jenayah,” katanya.

Menurut laporan, bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah Ischaemic Heart Disease Due To Coronary Atherosclerosis, iaitu penyakit jantung akibat saluran darah koronari tersumbat.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.