Seorang guru di negara Indonesia telah mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial kerana memutuskan untuk berlari untuk ke sekolah bagi menyahut seruan kerajaan Indonesia yang menggalakkan rakyatnya mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan api berikutan isu minyak import melalui Selat Hormuz.
Difahamkan, kerajaan Indonesia menggalakkan rakyatnya untuk menaiki basikal atau pengangkutan awam ke tempat kerja bagi mengurangkan penggunaan bahan api namun, buat guru ini yang dikenali sebagai Ahmad Zaki Febiansyah, dia memilih untuk berlari ke sekolah kerana dia merupakan cikgu subjek Pendidikan Jasmani. Jadi, tahap kecergasannya bukan biasa-biasa.
Difahamkan juga, dia memilih untuk berlari kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada pelajarnya memandangkan dia sering mengalakkan gaya hidup yang sihat kepada murid-muridnya.
@detikcomSeorang guru di Bojonegoro, Jawa Timur, menjadi viral setelah berangkat ke sekolah dengan berlari sejauh 4 kilometer. Aksi ini dilakukan sebagai upaya menghemat bahan bakar minyak (BBM) sekaligus menerapkan gaya hidup sehat. Guru bernama Ahmad Zaki Febiansyah (34) itu juga ingin memberi contoh kepada siswa dan rekan sejawat tentang pentingnya menjaga kebugaran di tengah aktivitas sehari-hari. Aksinya pun mulai menginspirasi guru lain untuk melakukan hal serupa. Creator: Ainur Rofiq bbm hematenergi wfh detikcom
♬ original sound – detik.com – detik.com
Artikel Berkaitan: “Malaysia negara sahabat” – Iran Bagi Jaminan 7 Kapal Malaysia Boleh Lalu Selat Hormuz Secara Percuma
Artikel Berkaitan: “Guna kereta EV, carpool, naik basikal” – Ahmad Maslan Kongsi 7 Langkah Tangani Kesan Kenaikan Harga Petrol
Menerusi video yang tular, dapat dilihat cikgu Pendidikan Jasmani tersebut juga dilihat memakai seragam guru ketika berlari.
Menurut Detik.com, jarak rumahnya ke sekolah adalah sekitar empat kilometer.
Difahamkan, dia mengambil masa selama 15 minit 40 saat untuk sampai ke sekolah dengan berlari.
Selepas tular, dia turut disertai oleh rakan sekerjanya yang turut serta mahu berlari untuk ke sekolah.
Sumber: Detik.com

12 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















