RCI Dakwa Kakitangan TH Dapat Bonus 2-13 Bulan Ketika Sedang Hadapi Isu Kewangan

18 hours ago 6

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), menyifatkan bahawa pemberian bonus yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang tempoh tahun 2014 hingga 2017, adalah tidak wajar kerana dalam tempoh tersebut, TH mengalami isu kewangan.

Menerusi laporan yang didedahkan, RCI berkata, dalam tempoh tersebut, kewangan TH menunjukkan nilai aset yang rendah daripada daripada liabiliti sebagai mana dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Artikel berkaitan: Lembaga Tabung Haji Teruskan City Check-In, Jemaah Boleh Daftar Bagasi 48 Jam Lebih Awal

Artikel berkaitan: Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal

Bagi bonus saat ada masalah kewangan

Dalam laporan tersebut, ia membuktikan pemberian bonus dalam kadar yang tinggi kepada kakitangan TH tidak sepatutnya dilaksanakan.

“Suruhanjaya berpendapat, mengambil kira isu kewangan dihadapi TH bermula 2014 hingga 2017 yang mana nilai aset adalah lebih rendah daripada liabiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui oleh JAN, pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh TH adalah tidak wajar.”

263Edc724A5D134617448E453A74D72F Low 6

Menurut laporan tersebut lagi,  bonus itu berlaku kerana TH membuat penilaian aset berdasarkan ‘Realisable Asset Value’ (RAV) dan ia sekali gus menunjukkan institusi berkenaan mencatat keuntungan besar sepanjang tempoh berkenaan.

Laporan tersebut telah mendedahkan bahawa kadar bonus dibayar kepada kakitangan antara 2010 hingga tahun 2017 adalah antara 2 hingga 13 bulan gaji termasuklah bonus tahunan dan bonus khas.

“Semakan Suruhanjaya mendapati kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan TH adalah amat tinggi pada 2010 hingga 2017.”

“Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 bulan, termasuk bonus tahunan dan bonus khas.”

Tabunghaji

Tambah RCI lagi, cadangan untuk memberikan bonus yang luar biasa pada tahun 2014 yang membabitkan bonus tahunan antara satu hingga 11 bulan gaji serta bonus 2 bulan gaji telah menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 13 bulan gaji dengan implikasi kewangan sebanyak RM 74 juta.

RCI berkata, justifikasi yang diberikan terhadap pembayaran bonus itu adalah keuntungan besar yang direkodkan TH, dengan kadar bonus dicadang berdasarkan antara 1.7 hingga 2.5 peratus daripada keuntungan semasa.

“Kementerian Kewangan (MOF) dalam penjelasannya memaklumkan kelulusan pemberian bonus oleh Menteri Kewangan kepada TH melebihi dua bulan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara Menteri Kewangan.

“Ini mengambil kira antara lain, prestasi kewangan TH, aktiviti operasi dan perbelanjaan tanggungan TH, prestasi pelaburan TH berbanding tahun-tahun sebelumnya dan juga prestasi anggota TH dari segi produktiviti serta implikasi kewangan yang terlibat bagi pembayaran bonus, juga mengambil kira perakuan Lembaga dan Menteri Hal Ehwal Agama.”

RCI turut menjelaskan bahawa proses untuk meluluskan pemberian bonus perlu melalui 3 peringkat iaitu Lembaga Pengarah TH, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan MOF, bagaimanapun kedua-dua pihak hanya menerima syor yang dikemukakan pengurusan TH dan lembaganya.

Dalam masa yang sama, MOF juga memaklumkan bahawa kelulusan pembayaran bonus yang melebihi 2 bulan gaji tertakluk kepada budi bicara Menteri Kewangan dengan mengambil kira beberapa aspek seperti pretasi kewangan, operasi, pelaburan, produktiviti kakitangan serta implikasi kewangan pembayaran bonus.

Namun begitu, RCI ambil maklum bahawa sejak tahun 2018, pemberian bonus kepada kakitangan telah dikawal mengikut kemampuan TH.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |