Kkm Dakwaan Rohignya Tukar Bayi

Baru-baru ini, tular di media sosial satu dakwaan membabitkan seorang wanita warga asing yang didakwa cuba menukar bayinya dengan bayi milik keluarga lain di sebuah hospital.

Menurut perkongsian tersebut, kejadian didakwa berlaku ketika seorang ibu meninggalkan bayinya seketika untuk ke tandas.

Individu yang memuat naik dakwaan itu mengatakan wanita berkenaan mengambil kesempatan untuk menukar bayinya yang asyik meragam dengan bayi lain yang berada berhampiran.

Bagaimanapun, tindakan tersebut disedari oleh seorang jururawat yang sedang bertugas sebelum keadaan menjadi kecoh.

Perkongsian yang dimuat naik di Threads itu pantas mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang meluahkan kegusaran terhadap isu tersebut.

Artikel berkaitan: Terkejut Jumpa ‘Pelanduk Dua Serupa’, Ini Rupanya Kisah Penuh Kembar Tertukar Di Hospital 20 Tahun Lepas!

Artikel berkaitan: 60 Tahun Hidup Susah, Pemandu Lori Ini Baru Tahu Rupanya Dia Anak Orang Kaya

Respon KKM

Susulan penularan isu berkenaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan dakwaan sensitif yang belum disahkan.

Menurut KKM, penyebaran maklumat yang belum dipastikan kesahihannya, lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan bayi, merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

KKM turut menggesa orang ramai supaya membuat laporan terus kepada pihak berkuasa sekiranya benar berlaku sebarang kejadian yang mencurigakan atau membahayakan keselamatan.

Dalam masa sama, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.

Screenshot 2026 07 29 145642

Sementara itu, menerusi semakan Lobak Merah, hantaran mengenai dakwaan terbabit telah dipadamkan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.