Syaz Ft 2026 07 30T153658.380

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah akaun TikTok yang didakwa menjalankan perkhidmatan membawa Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia masuk ke Malaysia secara haram menggunakan bot laju (speedboat).

Isu ini mula mendapat perhatian netizen selepas beberapa tangkapan skrin dan video daripada akaun berkenaan dikongsi semula di Threads, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai pencerobohan sempadan negara.

Penyeludupan Secara Terang-Terangan?

Apa yang mengejutkan, pengendali akaun tersebut tanpa segan silu mempromosikan ‘perkhidmatan’ berkenaan seolah-olah ia satu perniagaan yang sah.

Artikel berkaitan: Pembantu Rumah Indonesia Islam Kongsi Pengalaman Masak Babi Untuk Majikan Di Taiwan

Artikel berkaitan: Bot Bawa 90 Orang Pendatang Asing Tanpa Izin Karam

Pengendali akaun tersebut juga dilihat meyakinkan mereka yang berminat untuk menggunakan servis itu bahawa jika mereka sudah disenarai hitam (blacklist) masih boleh masuk ke Malaysia dan melepasi sempadan menerusi ‘lorong belakang’.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, penumpang dilihat dinaikkan ke atas speedboat pada waktu malam atau awal pagi bagi mengelak daripada dihidu oleh pihak berkuasa laut seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Netizen Desak Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Tindakan berani mati pengendali akaun tersebut mencetuskan kemarahan netizen Malaysia yang menyifatkan perbuatan itu seakan mencabar undang-undang negara dan mengancam keselamatan nasional.

Rata-rata pengguna media sosial mula memetik (tag) akaun rasmi PDRM, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), serta SKMM untuk memohon pihak berkuasa mengesan dalang di sebalik perkongsian itu.

Cats 28

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan yang tular itu, namun orang ramai berharap tindakan tegas dapat diambil segera.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.