Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merekodkan kejayaan mengelakkan kira-kira 225,000 tan pelepasan karbon sepanjang tahun 2025 menerusi perkhidmatan rangkaian rel dan bas mereka di Lembah Klang serta Pulau Pinang.
Pencapaian luar biasa itu dijana hasil sokongan purata 1.31 juta perjalanan penumpang setiap hari, sekali gus membuktikan peranan penting pengangkutan awam dalam melestarikan alam sekitar.

Berikut ialah sorotan utama menerusi Laporan Kelestarian Prasarana 2024/2025 bertemakan The City on the Move:
-
Kurangkan Kesesakan: Mengalih kira-kira 377,000 kenderaan persendirian daripada jalan raya pada setiap hari.

-
Impak Positif: Membantu mempertingkat kecekapan tenaga, membaiki kualiti udara bandar, dan mengurangkan jejak karbon.
Artikel berkaitan: Polis Berjaya Tahan 4 Suspek Dipercayai Terlibat Kes Curi Kabel MRT Laluan Putrajaya
Artikel berkaitan: Polis Bantuan Prasarana Cekap, Suspek Gangguan Sek*ual Diberkas Kurang 24 Jam
-
Standard Antarabangsa: Laporan sulung ini berasaskan Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI) bagi memperkukuh amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad menegaskan mobiliti mampan bukan sahaja menangani perubahan iklim, malah menjadi pemangkin kepada kualiti hidup masyarakat. Bagi memperkukuh usaha ini, Prasarana akan meneruskan perluasan penggunaan bas elektrik dan rangkaian rel baharu di masa depan.
Sumber: Prasarana

5 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















