Letusan berterusan Gunung Anak Krakatau yang melepaskan abu gunung berapi sejak Jumaat lalu telah menyebabkan gangguan besar terhadap sektor penerbangan di Indonesia.
Penyebaran abu vulkanik berkenaan memaksa sekurang-kurangnya enam lapangan terbang menggantung operasi, sekali gus menjejaskan ribuan penumpang termasuk laluan antarabangsa yang menghubungkan Jakarta ke Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Bayangkan Bunyi Letupan Gunung Boleh Didengar Satu Pertiga Dunia… Itulah Krakatau 1883, Kini ‘Anaknya’ Meletus Lagi
Artikel berkaitan: “Tolong hentikan pembakaran hutan!” – Warga Filipina Berang, Dakwa Terpaksa ‘Tanggung’ Jerebu Indonesia
Terpaksa Belanja RM10,000 & Terpisah Dengan Keluarga
Bagi rakyat Malaysia yang terkandas, situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta amat menekan apabila pembatalan penerbangan dibuat secara bertali-arus.
Menerusi laporan Berita Harian, salah seorang mangsa terkandas, Wan Nor Ridani (29), berkongsi bahawa beliau dan keluarganya terpaksa mengeluarkan kos tambahan kira-kira RM10,000 merangkumi pengangkutan darat, penginapan, serta tiket penerbangan baharu demi mencari jalan pulang.
“Pihak lapangan terbang pun tidak boleh beri jaminan bila keadaan ini akan kembali seperti biasa. Disebabkan itu kami akan ke Surabaya menaiki kereta dan dari sana akan naik kapal terbang menuju ke Senai, sebelum sambung perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.
Lebih memilukan, beliau terpaksa berpisah dengan adiknya dan beberapa ahli keluarga lain di Jakarta disebabkan tiket penerbangan dari Surabaya yang sangat terhad.
Mengulas lanjut mengenai situasi di sana, Wan Nor Ridani memberitahu keadaan di lapangan terbang sangat sesak sehingga ramai penumpang terpaksa ‘merempat’ dan tidur di lantai sementara menunggu status penerbangan mereka.
Keprihatinan Warga Indonesia Buat Rakyat Malaysia Terharu
Di tengah-tengah kesukaran dan panik yang melanda, muncul pula sinar kebaikan apabila seorang pengguna Threads warga Indonesia yang menetap di Malaysia, @/maira.safiraa, secara terbuka menawarkan tempat tumpangan percuma di kediamannya di Jakarta.
Beliau yang menetap kira-kira 30 minit dari lapangan terbang tampil menawarkan bantuan selepas melihat ramai rakyat Malaysia yang terdesak dan kehabisan bekalan.
“Kalau ada yang perlukan tempat untuk tumpang sementara, boleh hubungi saya… Saya cuma rasa kasihan, takut kita panik dan kalut di negara orang, lebih-lebih lagi kalau persiapan atau bekalan dah habis,” tulisnya di Threads.
Tawaran murni tersebut mendapat pujian ramai netizen yang terharu dengan sifat empati dan persaudaraan tanpa sempadan yang ditunjukkan tatkala ujian bencana alam melanda.

Sumber: Threads, Berita Harian

2 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















