Bekas pelakon dan model, Zahnita Wilson dilihat kini sedang menjadi tumpuan berikutan dengan hantarannya di Instagram malam tadi.
Hantaran tersebut memperlihatkan Zahnita memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki bersertakan caption ‘menghitung hari’.
Artikel berkaitan : Zahnita Wilson Beri Hak Penjagaan Anak Penuh Kepada Bekas Suami Dengan Rela Hati
Artikel berkaitan : Bagai Tiada Titik Noktah, Sebutan 3 Kes Rumah Tangga Zahnita & Suami Disambung Ke Tarikh Baru
Dalam perkongsiannya itu, gambar yang dimuat naik tidak menunjukkan kelibat penuh lelaki tersebut dan ia menguatkan lagi rasa tanda tanya netizen jika lelaki tersebut adalah gerangan suami baharunya.
Awal Ogos lepas, Berita Harian ada melaporkan bahawa Zahnita sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka tetapi Zahnita memilih untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut.
“Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia.Buat masa ini, saya belum bersedia memperkenalkan siapa dia kepada umum. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah ‘F'”
Jelas Zahnita, F seorang yang penyayang, mudah berkomunikasi dan sentiasa memahami dirinya.
“Dia seorang yang sangat memahami saya. Kami mudah berkomunikasi dan itu antara perkara yang membuatkan saya yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya.”
Sumber : Berita Harian, Instagram

16 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















