Isu mengenai cop parking kembali menjadi perhatian apabila baru-baru ini tular mengenai dua orang individu yang enggan berganjak dari tempat letak kenderaan.
Menerusi video tular itu, kedua-dua wanita tersebut dilihat berdiri di ruang letak kenderaan sambil menghalang sebuah kereta model Mercedes yang menunggu untuk parkir di sana.
Walaupun sudah beberapa kali dibunyikan hon, kedua-duanya dikatakan tetap tidak berganjak. Salah seorang wanita itu mendakwa mereka sudah berada di situ terlebih dahulu sebelum pemandu Mercedes datang untuk meletakkan kenderaan.
Menurut seorang pengguna Threads, Shezlina berkata ketika itu dia bersama suaminya yang melihat kejadian itu cuba menegur kedua-dua wanita terbabit dan meminta mereka berganjak dari kawasan parkir.
Namun, teguran berkenaan dikatakan tidak diendahkan dan mereka masih berkeras untuk kekal di situ.
Bukan itu sahaja, salah seorang daripada mereka didakwa mempersendanya sewaktu menyedari dirinya sedang dirakam.
Artikel berkaitan: Tak Puas Hati Isteri Ditegur Cop Parking, Lelaki Sado Lucut Baju Ajak Bergaduh
Artikel berkaitan: [VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR

Disebabkan dua wanita itu enggan beralih, pemandu Mercedes itu kemudiannya terpaksa mengalah dan mencari parkir kosong yang lain.
“Saya minta dia ikut peraturan parking dengan baik, tapi mereka tak nak dan siap mengaku mereka lahir di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri (MyKad).
“Pemandu Mercedes yang sepatutnya dapat parkir tu akhirnya pergi dari situ sebab dua orang ni memang tak nak gerak. Sikap yang sangat biadab.
“Tolong hormat peraturan Malaysia kalau berada di sini. Tingkah laku tak beradab macam ni sangat tidak patut,” katanya.

Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan sikap yang dipamerkan dua wanita berkenaan.
Untuk info, budaya cop parking termasuklah meletakkan objek seperti kerusi, kon atau berdiri sendiri merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Threads

16 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















