Kenyataan rasmi daripada Menteri Kehutanan Indonesia, Raja Juli Antoni, mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen apabila beliau memberikan alasan berseloroh berhubung isu jerebu merentas sempadan yang kini melanda negara jiran.
Menerusi klip video yang tular di media sosial, Raja Juli dilihat memberikan penjelasan di hadapan paparan peta pemantauan kebakaran hutan dan lahan (Karhutla). Beliau mendakwa penyebaran jerebu ke luar dari Indonesia adalah disebabkan faktor pergerakan angin semata-mata.
Artikel berkaitan: Ramai Terkejut Lihat Sambutan ‘Festival Hantu Lapar’; Di Indonesia, Habis Makanan Diserbu!
Artikel berkaitan: Roti dengan ‘Sprinkle’, Buah 3 Ketul & Telur Rebus, RMT Di Indonesia Buat Ramai Marah
“Kebakaran itu tidak terjadi di kita saja, di Sarawak itu juga terjadi kebakaran hutan. Cuma ini arah anginnya kebetulan kok kebetulan sekali arah anginnya memang naik ke atas.
Kalau seandainya arah anginnya dari sini, ini menurut teman-teman dari LH (Lingkungan Hidup) juga, kebakaran yang terjadi di sini juga akan masuk ke Indonesia. Karena memang asap tidak ada KTP-nya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai usaha menangani krisis berkenaan, beliau menegaskan pihak pentadbiran Indonesia tidak berpeluk tubuh dan sentiasa berusaha mengawal keadaan agar tidak memberi keburukan kepada negara jiran.
“Tetapi kita akan berjuang semaksimal mungkin, kita tidak akan memberikan dampak negatif atau mudarat kepada tetangga kita.
Sesuai perintah Presiden, apa yang kita kerjakan hari ke hari bersama TNI, Polri, dan Manggala Agni ini adalah untuk melindungi masyarakat kita,” tambahnya lagi.
Penjelasan tersebut bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada rakyat Malaysia di platform media sosial. Rata-rata netizen menyifatkan hujah mengenai arah angin dan tuduhan terhadap Sarawak sebagai satu tindakan melepaskan tanggungjawab.
Netizen turut mendesak agar kerajaan Indonesia memfokuskan tindakan tindakan pemadaman api secara agresif di premis dan kawasan terjejas berbanding memberi alasan jenaka setiap kali musim jerebu melanda.
Sumber: Threads

18 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















