Flight ‘Cancel’ Gara-Gara Anak Krakatau? Ini Panduan Untuk Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Indonesia

4 hours ago 5

Penerbangan antara Indonesia dan Malaysia terganggu susulan penyebaran abu vulkanik daripada letusan Gunung Anak Krakatau, menyebabkan sebahagian penumpang terkandas dan terpaksa menunggu penerbangan seterusnya.

Kalau korang atau ahli keluarga sedang berdepan dengan situasi ini, jangan panik dan terus membeli tiket baharu. Ini beberapa perkara yang boleh korang dilakukan…

1. Semak status penerbangan dengan airline

Jangan terus ke lapangan terbang sebelum memastikan status penerbangan anda.

Semak laman web atau aplikasi rasmi syarikat penerbangan kerana jadual penerbangan boleh berubah bergantung kepada keadaan ruang udara.

Kedutaan Malaysia di Jakarta turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya menyemak status penerbangan secara berkala serta mendapatkan maklumat mengenai penjadualan semula atau laluan alternatif daripada airlines masing-masing.

Artikel berkaitan: Tsunami Krakatau: Kanak-kanak 5 Tahun Selamat Lepas Terperangkap 12 Jam Bawah Sisa Runtuhan Tsunami

Artikel berkaitan: Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer

2. Tanya syarikat penerbangan tentang pilihan yang anda ada

Jika penerbangan dibatalkan, hubungi syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada anda boleh:

  • Menukar tarikh penerbangan
  • Mendapatkan penerbangan alternatif
  • Membuat refund
  • Mendapatkan bantuan penginapan atau makanan, jika ditawarkan

Jangan terus menempah tiket baharu menggunakan duit sendiri sebelum mengetahui pilihan yang diberikan oleh syarikat penerbangan.

3. Simpan semua bukti

Simpan segala dokumen dan rekod berkaitan penerbangan, termasuk:

🎫 Tiket dan boarding pass
📱 Screenshot notifikasi pembatalan
📧 Email daripada airline
🏨 Resit hotel
🚕 Resit pengangkutan dan perbelanjaan berkaitan

Bukti ini mungkin diperlukan untuk urusan refund atau tuntutan insurans perjalanan.

4. Semak travel insurance

Kalau anda mempunyai insurans perjalanan, semak polisi untuk melihat sama ada ia mempunyai perlindungan terhadap gangguan perjalanan, kelewatan penerbangan atau perbelanjaan tambahan akibat keadaan luar jangka.

5. Pertimbangkan laluan alternatif

Jika penerbangan seterusnya masih belum tersedia, anda boleh bertanya kepada syarikat penerbangan mengenai laluan alternatif atau penerbangan dari lapangan terbang lain.

Namun, pastikan penerbangan alternatif sudah disahkan terlebih dahulu sebelum bergerak ke bandar atau lapangan terbang lain bagi mengelakkan kos tambahan yang tidak perlu.

Hasil carian admin di media sosial dan juga saranan beberapa pengembara yang sudah berjaya tiba di Malaysia memaklumkan, mereka yang terkandas boleh menggunakan laluan alternatif dengan mengambil penerbangan dari Surabaya atau Yogyakarta untuk pulang ke Malaysia.

Pempengaruh dan usahawan Eriyca Baiduri atau Madammu menerusi perkongsiannya di Threads juga memaklumkan dia menempuh perjalanan 9 jam dari Jakarta dengan menggunakan jalan darat ke Surabaya. Dari Surabaya, dia mengambil penerbangan pulang terus ke Kuala Lumpur.

Madammu

6. Perlukan bantuan? Hubungi Kedutaan Malaysia

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta:

☎️ Waktu pejabat: +62 21 522 4947

☎️ Selepas waktu pejabat: +62 813 8081 3036

89722083 2543637159074240 4977207440626941952 N

Dalam masa sama, ikuti perkembangan daripada pihak berkuasa tempatan dan airlines masing-masing kerana keadaan penerbangan boleh berubah mengikut situasi abu vulkanik.

Paling penting, jangan buat keputusan terburu-buru. Semak status, hubungi syarikat penerbangan dan pastikan pilihan perjalanan anda benar-benar disahkan sebelum mengeluarkan wang tambahan.

Sumber: Facebook, Etiqa, Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |