dengki dengan rembayung KA

Pembukaan hari pertama restoran Rembayung oleh pempengaruh Khairul Aming semalam telah menarik perhatian ramai.

Banyak review positif yang diberikan pelanggan yang mana rata-rata berpuas hati dengan menu dan juga harga makanan yang ditawarkan restoran itu.

Artikel berkaitan: “Lauk portion banyak, kedai sangat cozy” – Pelanggan Pertama Sambut Hari Jadi Di Rembayung Bagi ‘Feedback’ Positif

Artikel berkaitan: Pelanggan Datang Jauh Dari Taiping, KA Papar Situasi ‘Live’ Di Restoran Rembayung

“Dia ni memang kerja kecam saja” 

Walau bagaimanapun, di sebalik pujian yang diterima, ada juga segelintir netizen dilihat mengkritik restoran yang dibuka pempengaruh ini.

Lebih pelik lagi, netizen mula menyedari tindakan seorang individu yang dilihat telah meninggalkan komen kritikan secara berlebihan di setiap hantaran berkaitan Khairul Aming.

Antara komennya seperti:

Tak praktikal lah buat bangunan bercermin. Dahlah dalam panas. Dan juga menyumbang kepada pemanasan global. 

“Kalau makan dekat warung di Kampung Baru boleh je makan sorang-sorang dan juga lebih murah dan sedap. 

“Ye ke review jujur ni? Macam aku baik makan kat warung di Kampung Baru tu. Jauh lebih murah dan sedap.”

610611393 17866657512540816 5430835056892800249 n

610109813 17866657497540816 4157500698137912421 n

609877088 17866657488540816 7257675742409222419 n

Kritikan berlebihan yang diberikan individu ini membuatkan netizen berasa tidak selesa dan menganggap individu tersebut kemungkinan besar tidak suka dengan kejayaan pempengaruh berkenaan.

Malah ramai yang meminta agar netizen tidak melayan komen daripada individu ini kerana kemungkinan besar ia sekadar rage bait semata-mata.

rembayung down

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.