Umum mengetahui bahawa Manchester United (MU) tewas kepada Adean All Stars malam tadi, pastinya ia mengundang pelbagai reaksi penyokong.
Bagaimanpun, dalam keterujaan mereka, ada yang sampai melampaui batas dan ia membuatkan pendakwah bebas PU Riz, yang turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi rasa terpanggil untuk memberikan teguran.
Artikel berkaitan : PU Riz Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Abang Yang Baru Berkahwin Dengan Aisyah Aziz
Artikel berkaitan : Suasana Meriah Bertukar Kecoh, Bintang Manchester United Tunjuk Jari Tengah Kepada Penyokong Selepas Kalah
Menerusi Instagram miliknya, PU RIZ yang selaku penyokong MU menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka kerana ia adalah resam dalam sesebuah perlawanan.
Bagaimanapun, English Premier League (EPL) untuk kali ini, ia agak mengecewakan kerana terlihat ada yang membuat provokasi. Biarpun ia dinggap satu gurauan tetapi tidak molek dipandang.
Dalam perkongsiannya, PU Riz menunjukkan ada penonton yang duduk di bahagian penonton MU menunjukkan Maffla yang tertulis Liverpool.
“Walau saya tidak terlalu terasa dengan kelakuan tersebut, tetapi adab mendahului segala hal Aspirasi Agama. Nabi diutus untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia.”
Menurutnya, ada yang sampai hampir bergaduh semalam dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Ia satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana ada yang penonton yang membawa anak-anak kecil.
“Saya pula datang dengan ibu, sedikit sedih tapi cuba alihkan perhatian.”
PU Riz turut membandingkan detik dia berada di stadium Wembley pada tahun 2024, di mana ada penyokong Manchester city terduduk di bahagian penduduk MU. Biarpun kalah dan ada provokasi, keadaan masih terkawal.