Seorang porter Gunung Kinabalu yang fotonya pernah tular suatu ketika dahulu kerana mengangkat tangki air biru seberat 50 kilogram untuk dihantar ke Laban Rata pada tahun 2005 dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi semalam, lapor Harian Metro.
Abbie Intang yang meninggal dunia pada usia 68 tahun merupakan seorang porter Gunung Kinabalu yang paling lama berkhidmat dan veteren.
Difahamkan, kegagahan beliau juga telah menyebabkan Abbie Intang mendapat gelaran Badang Kinabalu.

Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Berjaya Tawan Gunung Kinabalu, Instagram Pelakon Korea Selatan Lee Min-ki Dibanjiri Komen Peminat Malaysia
Artikel Berkaitan: “Walaupun slang jawa…” – [VIDEO] Netizen Tergamam Lihat Pemandu Pelancong Sabah Cakap Korea
Abbie yang berusia 48 tahun pada tahun 2005 juga pada ketika itu digelar sebagai M Nasir Kinabalu kerana wajahnya yang mempunyai iras-iras dengan penyanyi dan komposer terkenal Datuk M Nasir.
Setiap hari sepanjang perkhidmatannya sebagai porter gunung, Abbie akan mendaki ke Laban Rata dari Timpohon Gate yang jaraknya sejauh enam kilometer dengan membawa tong air seberat 33 kilogram iaitu 600 liter.
Berita pemergian Badang Kinabalu itu difahamkan telah dikongsikan oleh anaknya menerusi Facebook, lapor Malaysia Gazette.
Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

1 week ago
43































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















