Di Sebalik Keterampilan Yang ‘Fabulous’, 5 Selebriti Hollywood Ini Ada Penyakit Kronik

2 hours ago 4

Jika kita lihat di kaca TV dan media sosial, kehidupan selebriti dari Hollywood ini seakan begitu indah sekali. Mereka memiliki paras rupa menawan, mengamalkan pemakanan yang sihat dan sudah semestinya bebas daripada sebarang penyakit kerana ‘berduit’.

Namun begitu, mereka juga manusia biasa dan sebenarnya ada di antara mereka yang mempunyai masalah kronik yang memerlukan rawatan rapi.

Artikel berkaitan: Glamour Tak Jamin Kemewahan, Ini 5 Bekas Bintang Hollywood Kini Jadi Gelandangan

Artikel berkaitan: 4 Selebriti Hollywood Yang Ada ‘Childhood Trauma’ Sebelum Popular

1. Lady Gaga: Fibromyalgia

Screenshot 2026 03 10 164023

Fibromyalgia merupakan satu penyakit yang menyebabkan kesakitan di seluruh badan dan seseorang yang menghidapnya juga mungkin mengalami keletihan yang melampau, kekejangan otot, masalah menumpukan perhatian dan masalah tidur.

Lady Gaga mula mendedahkan pengalamannya menghidap penyakit tersebut buat pertama kali menerusi satu dokumentari Gaga: Five Foot Two yang ditayangkan di Netflix pada tahun 2017. Disebabkan penyakit ini juga, Lady Gaga pernah terpaksa batalkan konsertnya di Brazil kerana dikejarkan ke hospital akibat komplikasi penyakit ini.

2. Nick Jonas: Kencing manis tahap 1

Umum mengetahui bahawa kencing manis tahap 1 atau (diabetes type 1) adalah penyakit yang mengganggu sistem imun badan dan menyerang sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas.  Cara rawatan hanyalah dengan suntikan insulin setiap hari.

Perkara itulah yang dilalui oleh Nick Jonas, dia mendedahkan bahawa dia telah menghidap kencing manis tahap 1 sejak berumur 13 tahun. Malah, dia juga ada menubuhkan satu badan amal diabetes pada tahun 2015.

3. Pink: Asma

Screenshot 2026 03 10 164144

Penyanyi Pink mendedahkan yang dirinya menghidap penyakit asma atau lelah. Pada tahun 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, Pink ada memberi satu kenyataan dengan menggesa orang ramai memakai pelitup muka.

Saya ada asma dan pakai 2 pelitup muka! Saya boleh bernafas dan saya tak pentingkan diri sendiri, tak susah pun, nak pakai pelitup muka.”

4. Halle Berry: Kencing Manis tahap 1

Screenshot 2026 03 10 164326

Ketika umurnya awal 20-an, pelakon Halle Berry mula mengatahui bahawa dirinya penghidap kencing manis tahap 1 selepas dia terkena serangan ‘diabetic coma’ atau hypoglycemia semasa sedang melakukan penggambaran drama bersiri Living Dolls.

Sejak dari situ, dia perlu menyuntik insulin untuk pastikan dirinya dalam keadaan baik, dan ternyata ‘halangan’ ini tidak membataskan dia untuk terus berjaya dalam dunia lakonan.

5. Selena Gomez: Lupus

Screenshot 2026 03 10 164528

Pada tahun 2015, Selena Gomez mendedahkan yang dirinya menghidap Lupus, satu penyakit auto-imun yang menyebabkan sakit sendi, keletihan dan gatal-gatal.

Penyakit itu dilihat semakin melarat sehingga menyerang buah pinggangnya dan memerlukan dirinya untuk melakukan pemindahan buah pinggang, di mana dia menerima buah pinggang baharu itu daripada kawannya pada tahun 2018.

Sumber: mayoclinic.org, Cosmopolitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |