Benar apa yang kata orang “lidah lebih tajam daripada pisau”, mungkin bagi kita ia perkara biasa tetapi tidak pula kita sedar kata-kata itu mampu mengguris perasan orang lain biarpun ia dikatakan dalam nada bergurau.
Di musim perayaan ini, pasti kita akan berjumpa dengan saudara-mara yang sudah lama tidak bersua, bagaimanapun bukan semua orang dapat menikmati pertemuan yang indah ini seperti apa yang dirasai oleh seorang bapa yang mempunyai anak autisme ini.
Artikel berkaitan: Netizen Puji Sikap Sabar Bapa Tetap ‘Cool’ Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall
Artikel berkaitan: Kanak-kanak Autisme Hilang Di Baling, Operasi Pencarian Hari Kedua Diteruskan
Tak beraya bila saudara-mara mengeluh depan muka
Kisah ini mula menjadi perhatian netizen apa tular satu panggilan daripada seorang bapa yang mempunyai anak autisme di sebuah stesen radio. Biarpun dengan nada ceria, seorang bapa dari Rawang ini meluahkan rasa terguris hati terhadap sikap saudara-maranya.
Bermula dari PKP saya hanya beraya di bandar sahaja, saya dianugerahkan anak istimewa, lepastu ada ah sekali tu lepas PKP tu berayalah juga macam biasa, tapi kadang-kadang ada terguris hatilah, sebab ada orang tak faham… Stigma masyarakat yang saya ini ada anak istimewa.”
“Anak saya autism agak severe dan agak sukar dikawal, tantrum lepas tu ada ADHD, duduk tak diam, lepastu adalah satu tagline daripada sedara rapat membuatkan macam, ish, lepas ni tak payah raya lah.”
“Dia punya tagline tu habislah hancurlah rumah aku macam ni, saya tak adalah kecil hati tapi untuk menjaga kesihatan mental orang lain, kat situ lah kita tahu benchmark orang macam mana. Tak syoklah sebab saya ni nak bersilaturahim, memeriahkan suasana.”
Disebabkan itu, si bapa ini cuba mencipta keseronokan keluarganya di rumah sendiri. Penyampai radio dari Suria FM yang berinteraksi dengan si bapa itu sendiri, Irsyad juga turut meluahkan rasa sebak apabila mendengar perkongsian daripada si bapa tersebut.

Menjengah keruangan komen, ramai ibu bapa yang mempunyai anak istimewa turut kongsikan pengalaman yang mengguris hati mereka semasa beraya di rumah orang.
Sumber : Threads

10 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















