TikTok hari ini mengumumkan Laporan Impak Sosioekonomi Malaysia 2025. Laporan ini menyerlahkan peranan TikTok sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia, melalui mendemokrasikan keusahawanan, memperkasanakn Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), mewujudkan sumber pendapatan baharu, serta memprofesionalkan bidang penciptaan kandungan.
Laporan diterbitkan bersama Kearney itu mendapati TikTok menyumbang sekitar RM20 bilion dalam Nilai Tambah Kasar (GVA) — bersamaan hampir 4% daripada keseluruhan ekonomi digital Malaysia — serta menyokong 147,000 peluang pekerjaan di seluruh negara melalui ekosistem pencipta kandungan, penjual dan perniagaan di TikTok, TikTok Shop dan TikTok LIVE.

“Dapatan yang dibentangkan dalam laporan ini adalah berdasarkan penyelidikan dan analisis bebas yang dijalankan oleh Kearney. Ia memberikan pemahaman menyeluruh dan berasaskan bukti tentang sumbangan sosioekonomi keseluruhan TikTok kepada ekonomi Malaysia,” kata Gareth Pereira, Rakan Kongsi di Kearney. “Analisis kami menunjukkan, ekosistem TikTok telah melangkaui peranannya sebagai platform hiburan, dan menjadi pemangkin ekonomi yang penting dalam memupuk inovasi, keusahawanan dan pertumbuhan inklusif.”
Menyokong Agenda Pembangunan Negara

Dirasmikan hari ini oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, laporan ini menampilkan dapatan yang selari dengan agenda pembangunan negara. Ia menyokong keutamaan nasional di bawah MYDIGITAL, Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), di samping memperkukuh fokus terhadap perkhidmatan kreatif dan digital seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Semua rangka kerja ini mengiktiraf industri kandungan kreatif dan digital sebagai sektor berimpak tinggi yang kritikal dalam peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan dipacu digital.
Beliau berkata, “Ekonomi digital Malaysia kini melangkah ke fasa pertumbuhan yang lebih bermakna dan menuntut keupayaan yang lebih tinggi. Keberkesanan platform seperti TikTok membuktikan bahawa penglibatan digital bukan sekadar mengikut trend, malah mampu menghasilkan nilai ekonomi nyata melalui pemerkasaan PMKS, sokongan terhadap pencipta kandungan, serta pembukaan ruang baharu bagi penjanaan pendapatan dan keusahawanan. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju RMK-13, tumpuan kita adalah untuk memastikan pertumbuhan ini bersifat inklusif, diyakini, dan mampan menerusi jalinan kerjasama erat antara kerajaan, pihak industri, dan seluruh ekosistem digital negara.”
Seperti digariskan dalam RMK-13, industri kandungan kreatif dan digital Malaysia diiktiraf sebagai sektor strategik berimpak tinggi, disokong dasar-dasar yang memperkukuh perkhidmatan digital, keusahawanan dan inovasi. Laporan Impak Sosioekonomi ini menyerlahkan bagaimana ekosistem TikTok menyokong keutamaan tersebut dengan mewujudkan format keusahawanan digital baharu, memperluas akses pasaran, dan menyokong kepelbagaian sumber pendapatan.
Selain itu, laporan ini mendapati peluang ekonomi yang dijana melalui TikTok adalah lebih produktif, dengan sumbangan GVA per individu hampir 15% melebihi purata nasional. Ini menegaskan peranan platform tersebut bukan sahaja dalam mewujudkan pekerjaan dan peluang pengewangan, tetapi juga meningkatkan kualiti serta produktiviti tenaga kerja secara keseluruhan.

“TikTok komited untuk memupuk inovasi, memperluas akses inklusif, serta menyokong kelestarian jangka panjang pencipta dan perniagaan Malaysia, khususnya PMKS, selaras dengan visi negara ke arah masa depan berpendapatan tinggi dan berdaya tahan digital,” kata Ketua Dasar Awam Malaysia di TikTok, Firdaus Bin Fadzil. “Seiring evolusi ekonomi digital, kami kekal fokus dalam membina ekosistem yang dipercayai, inklusif, dan menjana nilai ekonomi yang bermakna untuk negara.”
Perkembangan Ekosistem untuk PMKS dan Pencipta

Di sebalik angka utama, laporan ini menekankan bagaimana TikTok telah berkembang sebagai ekosistem ekonomi dinamik yang menyokong penyertaan lebih meluas. Daripada PMKS yang memperluas operasi ke luar kedai fizikal melalui TikTok Shop, hinggalah pencipta kandungan yang membina kerjaya mampan menerusi sesi LIVE, platform ini mengubah cara perniagaan Malaysia mencapai pelanggan dan menjana pendapatan.
TikTok Shop kini menghimpunkan lebih 1.8 juta perniagaan tempatan di Malaysia, dan TikTok mengiktiraf keperluan untuk menyokong mereka dengan kemudahan serta kemahiran penting untuk berjaya. Setakat ini, lebih 100,000 PMKS telah menerima latihan melalui kerjasama dengan rakan strategik kerajaan. Selain itu, 97% perniagaan yang ditinjau menganggap TikTok sebagai sumber pendapatan utama, sambil menekankan bahawa penjualan melalui TikTok Shop turut membantu mereka membangunkan kemahiran baharu — terutamanya dalam tiga bidang berikut:
- Penguasaan teknik pemasaran digital (~80%)
- Penghasilan kandungan yang menarik (~74%)
- Pengurusan sesi jualan secara langsung yang dihubungkan terus dengan pelanggan (~69%)
Laporan ini menekankan bagaimana TikTok mengubah minat dan kreativiti pencipta kandungan kepada kerjaya yang berdaya maju melalui pembinaan jenama peribadi dan pelbagai kerjasama perniagaan. Ia mencerminkan peranan penceritaan digital sebagai kerjaya yang mampan bagi rakyat Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan inklusif dan membentuk semula sumber rezeki:
- Hampir 35% pencipta kandungan yang ditinjau menganggap diri sebagai pencipta sepenuh masa
- 45% pencipta kandungan melaporkan pendapatan melebihi gaji minimum Malaysia
Selain sumbangan langsung, dapatan ini turut menunjukkan kesan gelombang meluas — termasuk penciptaan pekerjaan, pembangunan kemahiran dan laluan kerjaya digital baharu — yang membuktikan bagaimana ekosistem dipacu platform mampu menyokong daya tahan ekonomi jangka panjang serta pertumbuhan inklusif.
Antara contohnya ialah Nurezqi Plant Care (@myhomefresh), sebuah nurseri tanaman kecil-kecilan di Ipoh yang diasaskan oleh pakar hortikultur, Munsur, yang turut merumus baja sendiri. Ketika pandemik 2020, beliau beralih ke platform digital dan mencuba pelbagai saluran dalam talian untuk jualan. Titik perubahan berlaku apabila beliau mengadakan sesi penstriman langsung pertama di TikTok Shop. Kini, sesi LIVE menjana antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan bagi beliau — hampir 80% daripada pendapatan keseluruhan — sambil memperkukuh hubungan dengan komuniti yang dibinanya di TikTok.
Mengapa Ini Penting kepada Rakyat Malaysia

Ketika tekanan kos sara hidup dan kemampanan pendapatan terus menjadi kebimbangan utama, dapatan ini menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia semakin aktif memanfaatkan platform digital sebagai alat praktikal untuk menjana pendapatan, berniaga dan berkembang. Laporan ini turut membuktikan bahawa penyertaan dalam ekonomi digital — sama ada melalui kandungan, perdagangan atau penstriman langsung — dapat mencipta nilai nyata untuk individu, perniagaan dan komuniti di seluruh negara.
Antara dapatan lain dalam laporan ini:
- Daripada 97% perniagaan yang menganggap TikTok sebagai sumber pendapatan penting, 50% melaporkan bahawa TikTok menyumbang lebih 40% daripada jumlah hasil pendapatan mereka
- 40% menyatakan TikTok ialah platform pelancaran perniagaan mereka
- 72% perniagaan menyatakan keupayaan mencapai penonton dan pelanggan khalayak baharu sebagai manfaat utama penggunaan TikTok
Laporan Impak Sosioekonomi ini menampilkan gambaran jelas tentang peranan ekosistem digital dalam menyokong sumber pendapatan, memacu keusahawanan dan menjana nilai ekonomi jangka panjang. Ia turut memberikan pandangan semasa tentang bagaimana rakyat Malaysia membentuk serta menikmati manfaat daripada evolusi ekonomi digital negara.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan akses kepada Laporan Impak Sosioekonomi TikTok 2025, sila tekan butang di sini.

5 hours ago
3






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















