Mayat seorang lelaki yang ditemui dalam gaung di kawasan Kampung Batu 23, Jalan Pahang, Tapah pada Sabtu lalu telah disahkan polis sebagai mangsa bunuh.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya berkata, hasil laporan pakar forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda yang dipercayai berpunca daripada dipukul objek tumpul.
Bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam dan lecet pada kepala, muka serta bahagian belakang badan, kedua-dua tangan serta kaki mangsa.
“Berdasarkan penemuan ini, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel berkaitan: Mayat Misteri Ditemui Terapung Di Taman Tasik Danau Kota
Artikel berkaitan: Mayat Guru Wanita Ditemui R*put Dalam Rumah, Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia
Pada Sabtu, dalam kejadian kira-kira jam 12.43 tengah hari, polis telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan satu mayat lelaki tidak dikenali dalam keadaan tertiarap di bawah cerun setinggi 15 meter dekat tepi jalan.
Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah kemudian bergegas ke lokasi mendapati mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan awal 30-an, berpakaian t-shirt putih dan seluar pendek hitam, namun tak ada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
Lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Tapah yang turut hadir ke lokasi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari IPK Perak juga turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk bantu siasatan, manakala Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dipanggil untuk mengangkat mayat dari cerun tepi jalan.
Difahamkan mayat tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi proses bedah siasat yang telah dijalankan pada Ahad pagi.
Cap jari mangsa juga telah diambil bagi mengenal pasti identitinya,” katanya.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shahrul Shamsudin di talian 05-4011222.
Sumber: Sinar Harian