Media sosial di China baru-baru ini tergempar dengan kisah seorang lelaki yang berpenampilan seperti wanita yang mendakwa telah ‘meniduri’ lebih 1,000 orang lelaki dan merakam adegan tidak senonoh itu secara senyap-senyap serta menyebarkan video tersebut ke internet.
Kisah yang berlaku di Nanjing, China ini bukan sahaja tular di negara Tanah Besar itu, malah ia menjadi perbualan hangat netizen seluruh dunia yang terkejut dengan pendedahan tersebut.
Artikel berkaitan: “Lebih baik saya mati je ustazah” – Isteri Tertekan Suami Kena HIV Gara-gara Hubungan Sejenis, Terjebak Lepas Main Facebook
Artikel berkaitan: Suami Curang Berzina Siap Rakam Video, Isteri Tanggung Derita Hidap HIV
Dikenali sebagai Sister Hong, jual video dengan harga kurang dari RM100
Menurut laporan SCMP, lelaki yang dikenali sebagai Sister Hong ini telah memerangkap para lelaki dengan penampilannya yang memakai dress labuh, bermekap tebal dan memakai wig di kepala.
Walau bagaimanapun, mangsanya tidak tahu bahawa dia merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun yang bernama Jiao.
Laporan media China juga memaklumkan yang Jiao diberi nama samaran ‘Nanjing Uncle Red’ ini telah memasang kamera secara tersembunyi di dalam flat miliknya dan merakam video dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang datang ke situ.
Jiao kemudian katanya telah memuat naik footage video tersebut ke sebuah grup online dan beroleh wang sebanyak 150 yuan (RM88) daripada yuran membership setiap seorang yang menyertai grup tersebut.
Ada juga di kalangan mangsa Sister Hong ini melaporkan yang mereka melihat diri mereka dalam beberapa video yang tular dan telah melaporkan kes ini kepada pihak polis yang membawa kepada penahanan lelaki tersebut baru-baru ini.
Ada yang dakwa Jiao umur 60 tahun, bimbang terkena HIV
Menurut SCMP, terdapat juga laporan yang mengatakan Jiao kemungkinan besar berusia 60 tahun dan telah berhubungan dengan 1,691 orang lelaki.
Pihak polis mengatakan bahawa bilangan statistik ini agak melampau tetapi mereka juga tidak menyatakan bilangan jelas selain tidak mengesahkan nilai hasil keuntungan yang Jiao peroleh daripada video-video berkenaan.
Tambah pihak polis lagi, Sister Hong ini juga telah memalsukan suaranya untuk menggoda lelaki, malah dia juga pernah kantoi beberapa kali dengan mangsa-mangsanya.
Selain itu, difahamkan Jiao juga tidak meminta mangsa-mangsanya untuk memberi sebarang bayaran malah hanya meminta mereka membawa hadiah kecil seperti susu, buah-buahan dan ada juga yang memberinya sebotol minyak masak.
Kes ini telah membuatkan rata-rata netizen bimbang dengan kesihatan awam dan penyebaran penyakit seperti HIV.
Tular juga di media sosial luahan seorang isteri yang mendakwa kemungkinan besar suaminya juga salah seorang mangsa Sister Hong apabila dia menjumpai kit ujian HIV di rumahnya.
Wanita tersebut juga ternyata kecewa dan bingung apa yang harus dilakukannya jika dia juga dijangkiti penyakit tersebut.
Buat masa ini, kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis China. Seorang peguam dari Tanah Besar juga memberitahu, menurut undang-undang di sana, jika ada individu yang melakukan hubungan seks dengan ramai orang tanpa perlindungan dan mengetahui dirinya mempunyai penyakit berjangkit, individu ini boleh berdepan dengan hukuman penjara antara tiga ke 10 tahun.
Uish bimbanglah baca kes macam ni. Harap kita semua jagalah iman dan jangan terjerumus.
Sumber: SCMP