Kes Kecurian Kabel Mrt

Baru-baru ini, ribuan penumpang pengangkutan awam terutamanya MRT telah mengalami kesulitan untuk sampai ke destinasi masing-masing apabila pergerakan tren MRT telah terganggu akibat masalah kecurian kabel MRT.

Whatsapp Image 2026 03 15 At 11.52.33 AmGambar hiasan

Terkini, empat orang individu yang menjadi suspek dalam kes kecurian kabel MRT Laluan Putrajaya akhirnya telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak Prasarana menerusi Facebook Rapid KL, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun itu telah berjaya ditangkap setelah polis menggunakan hasil maklumat risikan dan intipan yang digerakkan secara bersama oleh Unit Polis Bantuan Prasarana dan polis dari IPK Selangor.

11

Artikel berkaitan: Kantoi Tengah Potong Kabel KTMB, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap

Artikel berkaitan: “Eloklah bagi hukuman berat” – Netizen Luah Rasa Marah Kepada Pencuri Kabel, Punca Servis MRT Putrajaya Tergendala

Setelah ditahan, polis telah membawa kesemua suspek ke lokasi kejadian untuk mengecam dan membantu siasatan berkaitan barang kes yang ditemui.

Terdahulu, kejadian kecurian kabel telah berlaku pada 3 Mac lalu di kawasan berhampiran Stesen Sri Damansara Barat sehingga menyebabkan gangguan kepada operasi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya.

Pihak Prasarana turut berazam untuk terus mengukuhkan langkah keselamatan di sepanjang laluan MRT Laluan Putrajaya.

Rondaan keselamatan, pemantauan dan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa akan terus ditingkatkan agar keselamatan infrastruktur pengangkutan awam sentiasa terpelihara.

Sumber: Facebook Rapid KL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.