syaz ft 2026 01 05T125438.994

Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh dalam sidang Parlimen yang akan berlangsung pada bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada reformasi institusi yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI dan menjadi antara hala tuju utama pentadbiran bagi tahun 2026.

Artikel berkaitan: “Hannah Yeoh kini..” – PMX Umum Lantikan & Pertukaran Portfolio Baru Dalam Kementerian

Artikel berkaitan: “Happy birthday PMX!” – Najib, Mohamad Sabu Antara Yang Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-78 Kepada Anwar Ibrahim

“Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tak boleh sampai 10 tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.

Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.