Ft Pmo

Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) kini dinaikkan kepada RM10 bilion bagi memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini diambil sebagai respons segera terhadap tekanan yang dihadapi perniagaan susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat.

675725690 1546150433533185 6894314610693775494 N

Penambahan ini hadir selepas pengumuman awal RM5 bilion di bawah skim sama dan meningkatkan jumlah keseluruhan jaminan yang disediakan kerajaan.

Menurut beliau, sokongan ini penting bagi memastikan sektor seperti logistik, pertanian dan pembinaan terus beroperasi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

677141965 1546150143533214 9140199798784249907 N

Artikel berkaitan: PMKS Dipacu Ke Arah Digital Melalui Karnival e-Invois HASiL

Artikel berkaitan: Tiada Halangan Untuk Potong Gaji Menteri Jika Ekonomi Meruncing – PMX 

Kerajaan turut menambah baik skim tersebut dengan menaikkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80%, selain melanjutkan tempoh pembiayaan daripada tujuh kepada 10 tahun.

Anwar menegaskan bantuan ini perlu sampai kepada kumpulan sasaran termasuk pekebun kecil, nelayan, penjaja dan pengusaha kecil.

“Kepantasan dalam situasi ini amat mustahak dan saya akan pastikan tiada kerenah birokrasi yang melambatkan proses,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beberapa perkara berkaitan SJPP akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.