Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran tegas kepada peserta Himpunan Anti Rumah Anutan Haram agar tidak bertindak melampaui batas atau mencabar undang-undang negara.
Berucap dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), beliau menegaskan kebebasan bersuara dan hak untuk mengkritik kerajaan tetap terjamin.
Memetik laporan Sinar Harian, Anwar berkata, kebenaran untuk berhimpun tidak boleh disalahgunakan sehingga menjejaskan keselamatan awam atau keharmonian kaum.
Menurut Anwar, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang atau berunsur provokasi perkauman, dan tindakan tegas akan diambil sekiranya garis itu dilanggar.
Himpunan anti rumah anutan haram dijadualkan pada malam ini di hadapan kompleks beli-belah sogo, kuala lumpur.Artikel berkaitan: Dr Akmal Saleh Tegur Pihak Lantang Kritik Himpunan RXZ Tapi Diam Isu Pemandu Mabuk
Artikel berkaitan: Pengikut Ayah Pin Salah Seorang Yang Ditahan Dalam Himpunan Hadapan Istana Kelantan
Beliau turut mengingatkan peserta perhimpunan supaya tidak bertindak seolah-olah mengambil alih tugas pihak berkuasa.
“Kamu bukan polis, kamu bukan hakim. Jangan cuba ambil alih peranan polis,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pembinaan rumah ibadat yang tidak mematuhi peraturan.
Bagaimanapun, beliau berkata, undang-undang berkenaan terpakai kepada semua pihak tanpa sebarang pengecualian.
Sebelum ini, polis dilaporkan tidak membenarkan perhimpunan berkenaan diteruskan atas faktor keselamatan.
Ia termasuk mengambil kira lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.
Walaupun begitu, penganjur perhimpunan dilaporkan tetap berhasrat meneruskannya.
Difahamkan, Himpunan Anti Rumah Anutan Haram dijadualkan pada malam ini di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur.
Sumber: Sinar Harian

16 hours ago
8














![[VIDEO] Akhirnya Rebah! Lebih 40 Individu Berjaya ‘Tumbangkan’ Pokok Tualang Kebal Di Gua Musang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/02/syaz-ft-2026-02-06T122058.933.png)















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















