Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi wanita terkenal, Shila Amzah kini baru sahaja selesai melakukan konsert solonya, Shila Amzah Live House Tour 2026 di Chengdu, China.
Perkongsian daripada Ubai berkenaan isterinya itu, baru-baru ini telah menarik perhatian netizen apabila dilihat ramai di kalangan peminat penyanyi ini terdiri daripada golongan lelaki.
Malah peminat Shila juga kelihatan bersorak dan bernyanyi bersama-samanya saat Shila melakukan persembahan di pentas.
@ubaihaniThank you Chengdu 🇨🇳❤️ see you guys in Guangzhou, Beijing and Shanghai! #fyp #tiktokmalaysia
♬ original sound – Ubai Sha – Ubai Sha
Ada juga video daripada Ubai yang memaparkan Shila menyanyi lagu Patah Seribu dalam Bahasa Mandarin, sehingga ramai yang meminta versi bahasa itu diterbitkan di Malaysia pula.
@ubaihaniRehershal Shila Amzah Concert Tour Chengdu China 🇨🇳 #fyp #tiktokmalaysia
♬ original sound – ShilaAmzah – ShilaAmzah
Artikel berkaitan: Shila Amzah Pernah Ditawar RM6 Juta Di China Tapi Kena Buka Tudung
Artikel berkaitan: “Doakan kami” – Shila Amzah Dedah Anak Sulung Hidap Autisme
“Masih ada tiga bandar lagi” – Shila
Dalam perkongsian terbaru sebentar tadi, Shila memaklumkan dia baru sahaja selesai jelajah di Chengdu dan masih ada lagi bandar di China yang akan dijelajahinya iaitu Guangzhou, Beijing dan Shanghai.
Selesai sudah jelajah kita di Chengdu dengan penuh kenangan manis. Terima kasih atas semua rasa kasih sayang, sorakan dan sokongan.
“Masih ada tiga bandar lagi, Guangzhou, Beijing dan Shanghai! Sehingga bertemu lagi. Thank you to all who came, I will cherish this moment forever,” tulisnya.
Rata-rata netizen di ruang komen mengucapkan rasa bangga mereka di atas kejayaan Shila dan ada juga menyuarakan pendapat agar penyanyi ini dikurniakan gelaran ‘Datuk’ atas kejayaannya membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Shila patut dianugerahkan gelaran ‘Datuk’.
“Kenapa aku rasa bangga weh, sedih pun ada. Tahniah Shila. Bangga rasa jadi anak Malaysia.
“Bakat Shila Amzah betul-betul dihargai di China. Dekat Malaysia pun ada je yang menghargai bakat dia macam saya.”
“Ramainya fanboys!” tulis netizen.

2 weeks ago
36












![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)


















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















