Sebelum ini, pernah tular kisah 7 sekeluarga hanya tinggal di dalam sebuah kereta, mereka dikatakan berhimpit di dalam kereta jenis Bezza.
Lebih mengharukan lagi, keadaan kereta tersebut dilihat agak usang sampaikan terpaksa dibalut cermin kereta guna plastik akibat pecah. Kisah mereka telah mendapat tumpuan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Steven Sim Chee Cheong untuk turun padang memberikan bantuan.
Artikel berkaitan : Ibu Didakwa Sibuk Pergi Spa, Tinggalkan Anak Dalam Kereta Selama 2 Jam Sampai Kena Sawan
Artikel berkaitan : Gelandangan Tular Disiram Di Kaki Lima Dapat Semula Pasport, Pulang Ke Negara Asal
Hargai bantuan, bangkit semula & kini raih pendapatan RM 5,000 sebulan
Sebelum ini, beliau memberikan bantuan dalam bentuk kebajikan dengan menyediakan tempat tinggal dan membantu memberikan peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, selepas setahun, Steven Sim menerusi Facebook miliknya menjelaskan bahawa nasib mereka telah berubah ke arah yang lebih baik.
“Baru-baru ini saya terima pesanan whatsapp daripada Hilmi “Selamat Hari Natal YB, terima kasih YB bagi saya peluang mulakan hidup baru, Jika YB ada masa singgahlah rumah saya.”
“Hari ini saya ambil sedikit masa untuk ziarah kat rumah Hilmi. Saya nak tengok sendiri keadaan keluarga mereka berbanding setahun lalu.”

Saat ketibaan beliau ke rumah keluarga Hilmi, beliau disambut dengan baik sebelum dipeluk oleh Hilmi dengan ucapan terima kasih atas bantuan tersebut.
“Lelaki yang setahun lalu saya temui sedang duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta usang bersama isteri dan lima anak kecil, hari ini berdiri di depan rumah sendiri dengan senyuman dan keyakinan.”
“Di ruang tamu rumah sewa yang kini ditanggung bayar sendiri oleh Hilmi, kami duduk makan bersama. Saya tengok anak-anaknya makan dengan penuh selera. Dulu, kalau makan ayam, mereka kongsi dua ketul tujuh orang. Hari ini, masing-masing ada bahagian sendiri. Ada air teh dalam jag, ada peti ais di dapur.”

Katanya lagi, Hilmi kini bangkit dengan mempunyai pekerjaan sebagai pemandu lori dengan gaji yang agak memberangsangkan.
“Sekarang Hilmi ada kerja tetap sebagai pemandu lori. Gaji agak lumayan, cukup untuk sara keluarga. Tapi kerja jauh, jarang ada di rumah.”
“Hari ini, dia ambil cuti khas sebab tahu saya nak datang. Katanya, “Saya nak YB tengok sendiri hasil bantuan YB. Saya tak lupa.” Dia bangga tunjuk slip gaji bulanan – lebih RM5,000!”

Malah, Hilmi dikatakan telah menjual kereta Bezza yang menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga ini dan kini mempunyai kenderaan lain.
“Selesai minum pagi tu Hilmi, isteri dan anak-anaknya hantar saya hingga ke bawah. Saya teringatkan kereta Bezza biru mereka, “mana kereta biru tu?”
“Kereta tu saya dah jual YB”.”
“Hilmi tunjukkan kereta barunya, Proton Waja second hand. Ya bukan kereta mahal, tapi cukup untuk bawa barang dan keluarga. Yang penting, dia beli secara tunai. Tak mahu lagi hidup dibelenggu hutang. Katanya, “Saya tak nak anak-anak saya ulang hidup susah macam saya dulu.”
Steven Sim memuji sikap Hilmi dan isterinya Yani yang bangkit tanpa merungut dan meminta-minta, sebaliknya mereka berusaha keras.
Sumber : Facebook

2 days ago
13






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















