Bermula 1 Januari 2026, pengembara yang berlepas ke luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 bakal menikmati aliran pergerakan yang lebih efisien dan pantas.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan pemeriksaan kastam akan ditempatkan semula bagi mengatasi isu kesesakan yang sering berlaku sebelum ini.
Sekarang ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas di zon berlepas sejurus selepas pemeriksaan Imigresen. Susun atur sedia ada ini dikenal pasti berpotensi menyebabkan kesesakan, terutamanya pada waktu puncak perjalanan.

Jadi, melalui inisiatif baharu ini, pemeriksaan JKDM terhadap penumpang akan disatukan terus di pintu-pintu pelepasan (boarding gates). Perubahan ini membawa beberapa manfaat utama kepada orang ramai:
-
Aliran Lebih Lancar: Penumpang tidak lagi perlu menunggu lama di zon berlepas utama sebelum menuju ke pesawat.
-
Pengurangan Masa Menunggu: Proses yang lebih tersebar di pintu pelepasan membantu memendekkan tempoh menunggu.
-
Pengalaman Lebih Baik: Mempercepatkan proses menaiki pesawat (boarding) dan menjadikan operasi lapangan terbang lebih tersusun selaras dengan amalan antarabangsa.
Keselamatan Tetap Menjadi Keutamaan
Walaupun aliran penumpang dipermudahkan, MOT menegaskan bahawa langkah ini sama sekali tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam.
Artikel berkaitan : Berpakaian Korporat Untuk Masuk Malaysia, 6 Warga Bangladesh Tidak Dibenarkan Masuk Kerana Disyaki Bukan Pelancong Tulen
Artikel berkaitan : Tiada Rekod Masuk Rasmi, Dua Warganegara Asing Ditahan Guna Cap Palsu
Pemeriksaan barangan dan penumpang akan terus diperkukuhkan melalui penyelarasan operasi yang ketat antara agensi terlibat. Sebarang cubaan untuk membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang akan tetap berhadapan dengan tindakan tegas.
Projek penambahbaikan ini merupakan hasil kerjasama erat antara pelbagai pihak termasuk Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), JKDM, dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) demi memastikan kualiti perkhidmatan terbaik buat semua pengguna KLIA.
Sumber : MOT

1 day ago
12















![[VIDEO] Anggota Komando Pat*h Tulang Rusuk Selepas Terjatuh Ketika Aktiviti Payung Terjun](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/ft-komando.jpg)















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















