syaz ft 2025 07 15T101156.287

Seorang penuntut kolej berusia 20 tahun telah diserang dengan pisau, didakwa oleh bekas teman lelakinya, di sebuah kolej swasta Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.30 petang.

Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Ungkit Kisah Lama Punca Suami Kel*r Isteri

Artikel berkaitan: Lelaki Tempatan Ma*t Bergaduh Dengan Rakan Sekerja

Beliau berkata, seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun dikatakan mencederakan teman wanita berusia 20 tahun yang juga warga asing dengan menggunakan pisau.

“Suspek segera ditahan polis susulan kejadian itu. Punca serangan masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan suspek juga penuntut universiti sama, dia kemudiannya berjaya ditahan polis di lokasi kejadian.

cats 10

Video penuh di sini.

Beliau berkata lagi, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, untuk permohonan reman pagi esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fadizah Ajamin di talian 019-8582166 atau Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100.

Sumber: Harian Metro