Tak Wajib Pakai Pelitup Muka

Kes tuberkulosis atau TB di negara ini sejak kebelakangan ini menunjukkan trend meningkat dan perkara ini sudah tentu telah menyebabkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada orang ramai di tempat awam kerana penyakit TB ini lazimnya tidak mereba dengan cepat seperti influenza atau COVID-19 dan biasanya ia memerlukan pendedahan yang lebih lama serta berulang.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pihak KKM menerusi Facebook rasmi mereka semalam.

1415

Artikel Berkaitan: Kluster Tibi Dikesan, Ini Langkah Pencegahan Yang Korang Boleh Buat

Artikel Berkaitan: Jangan Ambil Remeh, Ini 5 Penyakit Bawaan Air Ketika Musim Banjir

Meskipun tidak diwajibkan, orang ramai tetap digalakkan untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau ketika berada di tempat sesak.

Jangan lupa untuk pastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup dan dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu.

Sumber: Facebook KKM, Berita Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.