pendakwah selebriti amang seksual

Pendakwah selebriti yang didakwa terlibat kes amang seksual seperti yang didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sudah pun didakwa di mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, yang mana sebanyak lapan laporan polis diterima membabitkan pendakwah selebriti berkenaan.

“Sebanyak tujuh kes berlaku di Pulau Pinang dan satu laporan di Kedah. Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang dalam perbicaraan ketika ini.

“Kesemua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 sehingga 16 tahun,” katanya.

Artikel berkaitan: Warden Asrama Pusat Pengajian Al-Quran Mengaku Bersalah Liw*t Pelajar

Artikel berkaitan: “Mula-mula ur*t paha…” – Pelakon Remaja Jadi Mangsa Amang Seksu*l Jurusolek Lelaki

Menurutnya, semua pertuduhan terhadap pendakwa selebriti itu dibuat pada 2023, 2024 dan tahun ini.

Terdahulu, Nurul Izzah mendedahkan pendakwah terbabit menggunakan minat mangsa sebagai ‘pintu’ untuk dirinya memulakan perbuatan keji.

Mangsa mengalami trauma apabila ustaz yang dihormatinya itu telah melakukan perbuatan terkutuk terhadapnya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis terhadap pendakwah terbabit selepas menerima gangguan seksual tersebut.

Bagaimanapun katanya, pendakwah selebriti berkenaan tidak berdiam diri sebaliknya menyaman keluarga mangsa dan meminta mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Justeru, Nurul Izzah berikrar akan melindungi mangsa dan keadilan bakal berpihak pada yang benar.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.