Ft Pijak Quran

Seorang penuntut institut pengajian awam dari Kuantan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhannya yang mencemar al-Quran dan memuat naik hantaran jelik yang melampau.

Tertuduh yang sebelum ini tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 9 pagi itu dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Artikel berkaitan: Tular Lagi Video Individu Pij*k Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Pelaku Warga Singapura

Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri

Tertuduh yang memakai baju t-shirt berwarna merah diiringi oleh beberapa pegawai polis sepanjang perjalanan ke Mahkamah Sesyen di tingkat satu.

Menurut sumber, kehadirannya turut menarik perhatian orang ramai di kompleks mahkamah berkenaan. Tindakan tertuduh yang tular sebelum ini tular di Threads, akan didakwa atas kesalahan meghina Islam dengan memijak al-Quran serta penggunaan tidak wajar kemudahan internet.

Tertuduh yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah ditahan pada 25 Februari lalu.

Screenshot 2026 03 03 112140

Pihak Jabaran Peguam Negara (AGC) semalam telah memaklumkan bahawa pelajar itu akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan objek suci dengan memijaknya dan perbuatan itu dibuat dengan pengetahuan kerana ia adalah suatu penghinaan terhadap Islam.

Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Malah, pelajar itu akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Buletin Tv3 1200X630 2

Ia kerana tertuduh telah membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

Untuk pengetahuan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan bahawa pihak mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan supaya beliau melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Sumber : Astro Awani, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.