Pecah Rekod! Khairul Aming Raih Jualan RM2.3 Juta Dalam Satu Hari Menerusi Live TikTok

12 hours ago 9

Usahawan dan pempengaruh kesayangan rakyat Malaysia, Khairul Aming membawa berita gembira buat para pengikutnya pada bulan Ramadan ini apabila berjaya mencatat rekod baharu dalam sesi siaran langsung di TikTok Shop.

Menerusi satu hantaran di Threads, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, memaklumkan bahawa beliau berjaya meraih jualan tertinggi dalam sejarah siaran langsung TikTok Shop Malaysia.

Alhamdulillah, kita pecah rekod baharu hari ini. Jualan tertinggi dalam sejarah livestream TikTok Shop Malaysia dengan jualan RM2.3 juta hari ini. Terima kasih semua,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi

Artikel berkaitan: Elak ‘Scammer’ Khairul Aming Mohon Pelanggan Yang Berjaya Tempah Slot Rembayung Agar Tidak Kongsi ‘Screenshot’

Khairul AmingGambar yang dikongsi khairul aming di aplikasi threads, semalam.

Sebelum itu, Khairul Aming berkongsi bahawa persiapan untuk siaran langsung tersebut telah dirancang selama dua bulan.

Malah, beliau turut melakukan transformasi restoran Rembayung menjadi bilik siaran langsung terbesar di Malaysia.

Menurutnya, siaran langsung tersebut bermula jam 12 tengah hari dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk perkongsian Ramadan serta sesi memasak secara langsung dari dapur bersama chef.

Lebih meriah, beliau turut dibantu oleh 10 pengacara bersama termasuk pelawak terkenal, Zizan Razak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Khairul Aming atau lebih mesra disapa sebagai KA.

Seorang pengguna berkata, kejayaan tersebut bukan sekadar memecahkan rekod, malah menjadi penanda aras baharu buat pencipta kandungan di Malaysia.

Bukan sekadar pecah rekod, tetapi menetapkan standard baharu tentang apa yang boleh dicapai oleh pencipta kandungan.

“Komuniti yang dibina selama ini membuktikan usaha itu berhasil. Kejayaan ini memberi inspirasi kepada ramai yang mahu berjaya dalam bidang sama,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian usahawan muda itu.

“Tahniah. Bangga melihat anak Melayu menjana pendapatan secara jujur dan membina komuniti yang kukuh. Alhamdulillah,” katanya.

Sumber: Threads Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |