Mercun

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan aksi berbahaya seorang lelaki dipercayai bermain mercun dari sebuah kereta yang sedang bergerak di sekitar Bukit Jelutong, Shah Alam.

Dalam video berdurasi kira-kira 50 saat itu, lelaki berkenaan dilihat berdiri melalui bahagian bumbung suria (sunroof) kenderaan sebelum melepaskan beberapa das mercun ke udara ketika kereta tersebut sedang bergerak.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Sabtu kira-kira jam 12.48 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut dipercayai berlaku di kawasan Elmina Rainforest, Persiaran Ficus, Seksyen U15.

Rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki berdiri melalui sunroof sebuah kereta yang sedang bergerak sebelum melepaskan beberapa das mercun ke udara,” katanya dalam satu kenyataan.

3474581Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki bbermain mercun dari ‘sunroof’ kereta. – kredit gambar: sinar harian

Artikel berkaitan: “Etika main mercun di rumah kami” – Tindakan Sekeluarga Bersihkan Lorong Lepas Main Mercun Dipuji

Artikel berkaitan: Tragedi Mercun Melet*p Di Kulim Hingga 22 Cedera, Polis Tahan 2 Lelaki

Tambah beliau, ketika kejadian berlaku, kenderaan tersebut dipercayai dipandu oleh individu lain.

Menurutnya lagi, tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri suspek, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2007,” katanya.

Dalam masa sama, polis kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-17554394 bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.