Bekas anggota komando mendakwa bahawa anaknya yang merupakan anggota tentera kini dalam keadaan kritikal di hospital kerana menjadi mangsa pukul di kem tentera pada Ahad lalu.
Rosafindi Tambi Chik, 49 yang pernah berkhidmat sebagai anggota komando selama 26 tahun memaklumkan bahawa dia mendapat khabar berita pegawai pemerintah bahawa anaknya Muhammad Amirul Raziq, 24, pengsan sebelum dibawa ke Hospital Bentong dalam keadaan kritikal.
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan:
“Doktor beritahu otak anak saya gagal menerima oksigen dan berlaku kematian tisu otak. Keadaan dia sangat kritikal.”
Katanya, dia segera bergegas dari rumahnya yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ke Hospital Bentong pada ham 11 jam sejurus selepas menerima panggilan mengenai berita itu sekitar jam 10.41 malam.
“Saya sampai lebih kurang jam 2 pagi dan pihak hospital memaklumkan keadaan anak saya tidak mengizinkan kerana jantungnya sudah berhenti. Doktor melakukan CPR selama sejam sebelum jantungnya kembali berdenyut,” katanya ketika ditemui di Hospital Temerloh, hari ini.”

Tambah Rosafindi, mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Temerloh kira-kira jam 5 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana memerlukan pemantauan pakar.
Jelasnya, doktor telah memaklumkan bahawa anaknya mengalami kekurangan oksigen ke otak akibat jantung terhenti terlalu lama sehingga menyebabkan kematian tisu otak.
Beliau turut berkata bahawa hasil imbasan CT mendapati bahawa tiada sebarang kecederaan dalaman namun jantung mangsa telah membengkak dipercayai akibat CPR yang dilakukan dalam tempoh panjang dan sekarang anaknya telah ditidurkan.
Rosafindi mendakwa bahawa anaknya telah menjadi mangsa pukul sebelum kejadian tersebut namun begitu tidak mendapat makluman individu yang terbabit.
Beliau turut difahamkan bahawa suspek yang berpangkat koperal dan sudah ditahan polis sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong untuk mendapatkan permohonan reman.
Tambahnya, sepanjang 26 tahun berkhidmat sebagai anggota komandi, latihan kenteraan tidak pernah mengajar anggotanya memukul atau mencederakan rakan sendiri.
“Kalau ikut prosedur, latihan hanya menguji mental dan ketahanan. Bukan pukul sepak sampai jadi begini.”
“Saya harap keadilan ditegakkan kerana saya menjaga anak saya hampir 24 tahun. Sekarang dia kritikal dan kami sekeluarga amat sedih.”
Kata Rosafindi lagi, anaknya sudah berkhidmat dalam ketenteraan selama 3 tahun daan tidak pernah mempunyai masalah serius sebelum ini.
Jelasnya, mangsa juga pernah menyatakan bahawa dirinya rasa terlalu letih ketika menjalani latihan namun tidak pernah mengadu perkara yang lebih berat kerana anaknya jenis pendiam dan banyak memendam perasaan.
“Saya difahamkan kejadian ini bukan prosedur tentera, tetapi lebih kepada tindakan individu yang mungkin menyalahgunakan pangkat.”
“Kalau ikut pandangan saya, ini lebih kepada buli dan dilakukan dengan sengaja.”
Sebelum ini, media melaporkan bahawa pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka menerima laporan tentang seorang anggota tentera yang cedera parah kerana dipukul dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong, Pahang.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan tersebut telah oleh diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong jam 8.45 pagi kelmarin.Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada 30 Mac kira-kira jam 8 malam dan laporan polis dibuat oleh bapa mangsa yang berusia 49 tahun.
Sumber : Harian Metro

15 hours ago
12






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















