ft lavender 1

Sejak kebelakangan ini tular mengenai satu kedai makanan pastri yang mana ada di kalangan netizen mempertikaikan ramuan yang digunakan kerana dipercayai mengandungi bahan yang tak halal.

Ia bermula apabila ada netizen mendakwa dia didekati oleh salah seorang kakitangan di situ dengan mengatakan kesemua kek yang mereka jual mengandungi wain dan alkohol.

Artikel berkaitan : Kecoh! Pasangan Buat Hal Dalam Wayang, Lempar Minuman Alkohol Kepada Penonton

Artikel berkaitan : Pelajar PhD Dari China Di UK ‘Umpan’ Lebih 50 Mangsa R*gol Guna Alkohol

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan bahawa selama ini ada sesetengah menu yang mempunyai label alkohol. Bahkan, ada juga netizen yang mendakwa bahawa premis tersebut sebenarnya ada meletakkan notis ‘non halal food’ di depan premis mereka.

Screenshot 2025 05 28 114055 Screenshot 2025 05 28 114125

Terpanggil dengan pertikaian itu, kedai pastri tersebut, Lavender tampil memberikan respon mengenai isu ini. Dalam satu kenyataannya di Facebook hari ini, Lavender menjelaskan bahawa premis mereka tidak mendapat pensijilan halal dan tidak pernah mendakwa premis mereka sebagai satu premis yang halal.

Biarpun begitu, Lavender menegaskan bahawa bahan-bahan yang mereka gunakan semua diperoleh pembekal yang mempunyai pensijilan Halal. Menjawab kebimbangan netizen mengenai kandungan alkohol dalam produk mereka. Lavender menafikan sekeras-kerasnya bahawa produk bakeri mereka tidak mengandungi alkohol.

500120601 1085492100279715 2458328253824451750 n

“Sebarang komen yang menyatakan sebaliknya adalah tidak tepat. Kami beroperasi di bawah polisi “No Pork, No Lard, No Alcohol.”

Lavender juga memegang pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) di mana ia mencerminkan komitmen yang berterusan dalam mengekalkan piawaian keselamatan makanan dan kebersihan yang tertinggi dalam operasi.

Pun begitu, pihak Lavender hargai cadangan awam untuk memohon pensijilan Halal dan kini dalam pertimabangan bagi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan dan kepercayaan kepada pelanggan mereka.

Sumber : Thread, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.