Netizen Puji Ainina Ahmad B, Minta Nama Dikeluarkan Dari Penerima Zakat Lepas Anak Istimewa Meninggal Dunia

7 hours ago 8

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima mesej daripada seorang anak seni yang ingin mengeluarkan namanya daripada senarai penerima bantuan zakat.

Menurut hantaran itu, tujuan anak seni ini mahu namanya dikeluarkan adalah kerana anaknya yang merupakan insan istimewa menghidap penyakit masalah tulang belakang telah meninggal dunia.

Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula, beliau memilih untuk keluar sendiri dari senarai penerima bantuan supaya bahagiannya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

“Kami terharu dan kami doakan agar rezeki beliau terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan, dunia dan akhirat. Inilah antara kisah luar biasa yang berlaku hasil zakat anda semua,” tulis LZS.

Rupanya orang itu Ainina Ahmad B!

Setelah ramai berteka-teki siapakah insan seni itu, empunya diri iaitu pelakon Ainina Ahmad B mengakui bahawa dialah individu yang meminta namanya dikeluarkan daripada penerima LZS selepas pemergian anak istimewanya, Nur Ara Elisya pada bulan lalu.

Menurut Ainina, 56, sebelum ini dia terbuka menerima bantuan zakat kerana memikirkan keperluan anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), lapor mStar.

Snapinsta.app 277973182 1166085863929532 5827409824711754367 n 1080

Selepas anak meninggal dunia saya rasa serba salah untuk terus menerima bayaran bantuan bulanan daripada LZS. Ketika arwah hidup saya memang tidak bekerja kerana fokus menjaganya. 

“Sebenarnya saya terima bantuan daripada LZS tak lama pun, kurang setahun saja. 

“Saya terima pun sebab fikir anak saya istimewa. Ada keperluan yang perlu dijaga. Tapi kalau untuk perbelanjaan makan saya tidak guna wang bantuan itu. 

“Jadi bila anak dah tiada saya tarik diri. Bantuan ini buat saya rasa bersalah kalau terus ambil,” katanya.

Ainina juga pada masa yang sama enggan mengambil hak orang lain kerana masih ramai individu lebih layak mendapat bantuan tersebut.

Snapinsta.app 359360561 18377837734000027 996930960062170833 n 1080

Insya-Allah kalau ada tawaran saya boleh berlakon lagi dan berniaga. Bila anak kita sudah meninggal dunia, saya rasa cukuplah. Kita pun boleh bekerja. 

“Masih ramai yang memerlukan wang tersebut, saya rasa bersalah sangat kalau makan duit zakat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ainina juga berterima kasih kepada LZS kerana turut memberikan bantuan dalam membiayai kos rawatan pembedahan tulang belakang anaknya, Elisya pada Disember lepas.

Kos pembedahan itu difahamkan mencecah RM40,000 dan pihak zakat menanggung sebanyak 70 peratus kos dengan selebihnya ditambah oleh pelakon itu.

Perkongsian ini ternyata menerima pelbagai komen positif netizen yang memuji sikap Ainina sebagai jujur dan tidak mengambil hak orang lain.

zakat 1

Terdahulu, anak kepada Ainina, Elisya dilaporkan meninggal dunia pada 22 Jun lalu sekitar jam 2 petang. Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Ainina dengan penyanyi, Rahmat Mega. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Nur Ariena.

Sumber: mStar, Threads, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |