“Nama & rupa hampir serupa!” – Putri Qisya Seronok Dapat Bertemu ‘Kembarnya’

1 month ago 50

Pertemuan adik Putri Qisya Nur Izzati Mohamad Azim dengan seorang gadis sebayanya bernama Nureen Kiesya telah menarik perhatian ramai apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai yang menyamakan mereka seperti pasangan kembar.

Putri Qisya, 12 tahun, bergelar yatim piatu selepas ibu bapa dan empat orang adiknya terkorban dalam nahas di Sungai Korok, pada minggu lalu.

Momen menyentuh hati itu dikongsi ibu Keisya di laman TikTok. Secara kebetulan, ibu Kiesya, Nurul Hidayah Ab Basir juga mempunyai nama seperti arwah ibu Putri Qisya iaitu Nurul Hidayah Khadijah Razman Effendi.

Artikel berkaitan: Nurulhidayah Zahid Jumpa Putri Qisya, Ambil Jadi Anak Baru

Artikel berkaitan: “Saya nak tinggal dengan ‘mama”’ – Putri Qisya Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara Lepas Tragedi Sungai Korok

Screenshot 2025 07 15 112047

Berkongsi cerita di sebalik pertemuan mereka, Nurul Hidayah terpanggil untuk menziarahi Putri Qisya setelah mendapat tahu kejadian yang menimpa keluarga remaja itu.

“Pada mulanya saya ke Jerlun iaitu rumah neneknya di situ tetapi dimaklumkan Putri Qisya menetap di rumah ibu saudaranya di Taman Seri Aman.

“Saya, suami dan anak terus ke rumah ibu saudara Putri Qisya dan Alhamdulillah, dia ada di situ, malah saya dapat bertemu dengannya walaupun tak pernah kenal sebelum ini,” katanya.

Nurul Hidayah yang juga penjawat awam berkata, dia membawa anaknya, Nureen Kiesya untuk bertemu dengan Putri Qisya, malah turut terkejut apabila mendapati wajah mereka hampir sama.

Kongsinya, dalam pertemuan selama satu jam itu, dia dapat menyelami apa yang tersirat di hati Putri Qisya, malah gembira melihat keterujaan mereka ketika bertemu.

Screenshot 2025 07 15 112056

“Selain raut wajah hampir sama, mereka juga mempunyai banyak persamaan dan usia sebaya iaitu belajar di Tahun Enam.

“Ketika jumpa Putri Qisya, Nureen Keisya sangat seronok dan bertukar nombor telefon untuk mengeratkan hubungan mereka.”

Menurut Nurul Hidayah, dia bercadang untuk mengambil Putri Qisya sebagai anak angkat. Katanya, dia juga telah mengambil keputusan untuk terus berhubung dengan Putri Qisya selain berharap agar remaja itu belajar di sekolah yang sama dengan anaknya tahun hadapan.

Screenshot 2025 07 15 112106

“Kami menetap di Sungai Petani dan jika berkelapangan selepas ni, saya akan membawa Nureen Keisya bertemu Putri Qisya lebih kerap kerana dia sudah memanggil saya ‘Mummy’,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, jasad enam sekeluarga yang hilang selepas pulang bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman, 5 Julai lalu ditemui dalam kereta Proton Saga Iswara di Sungai Korok.

Sumber: Harian Metro, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |