wanita tempatan warga emas kahwin lelaki warga asing 20 an

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendedahkan berlaku perkahwinan antara wanita tempatan warga emas dengan pasangannya warga asing yang berusia 20-an, sekali gus menimbulkan keraguan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, JIM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkahwinan antara wanita tempatan dengan warga asing yang mempunyai jarak usia sangat jauh.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata kemungkinan perkahwinan itu ada tujuan tertentu atau bersifat marriage for convenience.

Artikel berkaitan: Ramai Jejaka Pakistan Pilih Nikah Wanita Kelantan, Lelaki Pula Pilih Wanita Thailand – JIM

“Kalau mereka berkahwin secara sah, ikut peraturan dan perundangan yang betul, tak jadi kesalahan tapi apa yang risaukan jika guna kemudahan perkahwinan untuk tujuan tertentu, iaitu ‘marriage for convenience’.

“Pemuda warga asing berusia 25 tahun berkahwin dengan orang tua dah umur 60 atau 70 tahun, ada jarak usia yang ketara.

“Di pihak Imigresen, kita akan buat siasatan terperinci untuk mengesahkan perkahwinan mereka ini, adakah betul untuk tujuan perkahwinan atau hanya bersifat ‘marriage for convenience’,” katanya.

utama t20jan7 HMfield image list

Jelas beliau, pihaknya tidak akan meluluskan kemudahan Imigresen seperti pas lawatan sosial jangka panjang yang ditawarkan jika mendapati perkahwinan itu ada tujuan tertentu.

Katanya, isu perkahwinan sebegitu bukan baharu sebaliknya sudah lama berlaku dan ia bukan satu kesalahan selagi mengikut peraturan yang betul cuma ia lebih kepada masalah sosial.

Menurut laporan, Imigresen baru-baru ini menumpaskan satu sindiket yang dipercayai menawarkan perkhidmatan berkaitan imigresen, termasuk permohonan di bawah kategori ‘pasangan warga asing kepada warganegara Malaysia’ dan perkhidmatan pendaftaran perkahwinan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk perkahwinan antara warganegara dan warga asing.

Sindiket itu menyasarkan warga emas yang sering terabai atau tidak mendapat sokongan kewangan daripada ahli keluarga sendiri.

Dalam kebanyakan kes, warga emas yang terbabit tidak perlu melakukan apa-apa selain bersetuju untuk berkahwin.

Mereka akan diberi balasan seperti menerima elaun bulanan kerana warga asing yang berkahwin ini hanya mahu mendapatkan status sah sahaja.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.