Nama pelakon Anna Jobling kembali menjadi bualan peminat apabila dikaitkan dengan pelakon Indonesia, Karel Susanteo, selepas bintang itu memuat naik beberapa momen mereka bersama di media sosial.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Anna dan Karel dilihat menyambut Tahun Baharu 2026 bersama di Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.
Dalam salah satu hantaran, Karel berkongsi foto mereka dengan kapsyen ringkas, “2026 ootd”, namun cukup untuk membuatkan peminat mula berteka-teki mengenai hubungan sebenar mereka.
Artikel berkaitan: “To be honest aunty tak tau” – Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab
Artikel berkaitan: “Bila dah takde esok menyesal pun tak berguna” – Zarina Zainuddin Nasihat Anna Jobling Berbaik Dengan Ibu
@karel.susanteo2026 ootd
Rata-rata peminat dari Indonesia dan Malaysia meninggalkan komen bertanyakan sama ada hubungan mereka kini lebih daripada sekadar rakan, memandangkan kedua-duanya kelihatan selesa dan akrab dalam beberapa perkongsian yang dimuat naik.

Spekulasi semakin hangat apabila momen tersebut dikongsikan ketika sambutan tahun baharu, moment yang biasanya dianggap istimewa dan sering disambut bersama yang tersayang.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Anna mahupun Karel mengenai status hubungan mereka, perkara itu membuatkan peminat terus tertanya-tanya sama ada ia sekadar persahabatan rapat atau hint kepada cinta baru.
Sumber: TikTok

5 days ago
17































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















