syaz ft 2026 01 12T112211.194

Seorang remaja meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ketika dia dalam perjalanan ke sekolah untuk hari pertama persekolahan.

“Miea tak payah ikut, tunggu sahaja kat rumah, nanti abang chik balik ambil dan pergi ke sekolah.

Abang chik nak pergi isi minyak motosikal dan akan segera balik.”

Artikel berkaitan: Bekas Guru Dedah Perbuatan Cikgu Lelaki, Didakwa ‘Groom’ Pelajar Perempuan Usia 15 Tahun

Artikel berkaitan: ⁠Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing

Itu menjadi kata-kata terakhir Noor Hazimi Noor Hashim, 15, kepada adiknya sebelum remaja itu terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Kepong, Kuala Terengganu.

Menurut adiknya, Norhasmiea, 14, arwah ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah mengisi minyak motosikal di Kampung Pengadang Baru, sebelum sepatutnya mengambilnya untuk ke sekolah.

Norhasmiea berkata, arwah bukan sekadar abang kandung, malah dianggap seperti kawan baik kerana sering menjadi tempat dia meluahkan perasaan dan masalah, terutamanya berkaitan pelajaran.

“Memang rutin kami pergi dan balik sekolah bersama sejak 2024.

Biasanya abang chik akan mengisi minyak motosikal pada sebelah petang setiap hari, tetapi tiba-tiba pagi ini dia minta saya tunggu di rumah kerana ingin ke stesen minyak,” katanya.

Tambah Norhasmiea, abangnya seorang yang baik hati, tidak berkira dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

“Dia biasa beri duit untuk membeli makanan di kantin sekolah,” katanya sebak.

Difahamkan, abang sulung mereka, Noor Hazriq, 18, kini akan mengambil alih tanggungjawab menjaga Norhasmiea selepas pemergian arwah.

Jenazah pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin itu selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang dan dihadiri lebih 150 ahli keluarga, rakan serta warga sekolah.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.