Video tular yang memeprlihatkan seorang murid dimarhai guru itu nampaknya sudah sampai ke pengetahuan Kementerian Pendidikan. Terpanggil dengan isu tersebut, menterinya, Fadhlina Sidek tambil respon dengan memberi peringatan tegas kepada semua guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
Artikel berkaitan : “Kau memang salah langkah” – Sajat ‘Sound’ Cikgu, Isu Anak Saudara Ditengking Sampai Menangis
Artikel berkaitan : Roslan Shah Sahkan Sajat Bakal Sambut Raya Di Singapura Bersamanya
Oleh itu, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada isu ini agar dapat mengingatkan tentang integriti dan etika guru dari masa ke semasa.
“Kita sudah ingatkan perkara itu berkali-kali, sudah ada garis panduannya. Mereka sebagai penjawat awam mesti mematuhi etika dan integriti sedia ada, sebab itu saya kata perkara ini mesti sentiasa diperingatkan dari semasa ke semasa.
“Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat…ruang yang lebih bersifat privasi untuk memastikan apa sahaja perbincangan dan isu dapat kita selesaikan secara baik.”
Kata Fadlina lagi beliau sudah amanahkan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan untuk melihat perkara berkenaan. Dalam pada itu, beliau memberikan peringatan tegas kepada guru tentang integriti serta etika mereka sama ada di dalam mahupun di luar kelas serta di media sosial.
Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya di kantin sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku pada April lepas.
Sumber : Sinar Harian