Ft Lelaki Masuk Tandas Wanita

Satu video kini sedang tular di media sosial, memaparkan seorang individu yang dipercayai berjantina lelaki masuk ke dalam tandas wanita. Perkara ini sekaligus mencetuskan rasa bimbang terhadap golongan wanita di luar sana.

Lelaki tersebut dilihat memakai baju kurung wanita, lengkap bertudung siap ‘mengajuk’ fizikal seorang wanita dengan menambah sesuatu di bahagian dada.

Artikel berkaitan: Pasang Pemasa Dalam Tandas Wanita Agar Pengguna Tak Perlu Beratur Lama

Artikel berkaitan: “Ingatkan pen, rupanya kamera” – Helah Lelaki Ini Gagal, Kantoi Letak Kamera ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Siap curi baju kakak, tunjuk catwalk dalam tandas awam wanita

Ia bermula apabila ada seseorang wanita sedang membuat ‘preloved’ baju kurung dihubungi oleh seseorang yang berminat untuk membeli pakaian tersebut, namun dia menjelaskan bahawa fizikal pembeli itu mempunyai bahu yang lebar.

Pada mulanya, wanita tersebut membuat anggapan mungkin pembeli tersebut seorang wanita tomboy sampailah pembeli itu ada mengeluarkan ayat yang membuatkan wanita ini tersedar bahawa pembeli itu sebenarnya seorang lelaki.

“Aku ada preloved baju kurung. Mula-mula dia cakap badan dia macam lelaki dan bahu dia lebar, aku ingat dia tomboy atau boyish. Lama-lama aku pelik sampailah aku tercatch up ayat ni dan lagi aku speechless dia siap send dia catwalk dalam toilet perempuan dan pakai tudung ye.”

Lelaki Menyamar Wanita

Malah, wanita tersebut turut mendedahkan perbualan daripada lelaki tersebut yang mengakui telah mencuri baju kurung milik kakaknya dan membentuk ‘dada palsu’ untuk menampakkan dirinya seakan wanita.

Lebih mengejutkan lagi, pemuda itu siap menghantar video memperlihatkan dirinya memakai baju kurung tersebut ketika dia berada di dalam tandas awam wanita.

Perkara ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan golongan wanita yang menyifatkan perbuatan tersebut agak keterlaluan kerana mengganggu privasi mereka.

Bahkan, ramai yang mula rasa gerun apabila menyaksikan video tersebut dan memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu itu.

Tandas Wanita Tandas Wanita 2 Tandas Wanita 3 Tandas Wanita 4 Tandas Wanita 6 Tandas Wanita 7

Sumber : Threads 1, Threads 2